[MWC2017] Teknologi Kapal Selam Dalam Telefon Pintar OPPO?

Share Button

Jika tahun sudah OPPO perkenalkan teknologi Super VOOC yang mampu mengecas sepenuhnya bateri 2,500 mAh dalam masa 15 minit saja serta teknologi penstabil imej 3 paksi, MWC 2017 tahun ini mereka perkenalkan pula teknologi zum optikal untuk telefon kamera berkembar, seperti yang mereka war-warkan.

Mengambil masa lebih 12 bulan untuk dibangunkan, OPPO mampu menyertakan fungsi pengezuman optikal 5x dalam konfigurasi kamera berkembar. Semua ini mampu direalisasikan dengan penggunaan konsep periskop yang ditemui pada kapal selam.

Bukan saja mampu mengezum sejauh lima kali ganda, hasil imej juga kekal stabil walaupun sistem pengezuman terdiri daripada 50 jenis komponen berbeza, semuanya hasil penerapan teknologi penstabil imej optikal (OIS) yang baru.

Zum optikal 5x di telefon, teknologi terbaru OPPO diperkenal di #MWC17.

Zum 10x (5x optikal + 2x digital) pun masih tajam, kurang gegaran dengan bantuan OIS.

Satu teknologi hebat, bila agaknya nak mula jual ni?

#OPPO #OPPOxMWC #NowItsClear

Posted by TheSkop on Monday, February 27, 2017

Keupayaan seperti kamera dedikasi ini tidak menghalang OPPO menghasilkan peranti yang kekal nipis. Menurut mereka, walaupun mengandungi pelbagai komponen optikal, ia masih mengekalkan tebal maksimum 5.7mm.

Kami sendiri telah mengujinya, dan ia memang hebat. Gandingan dwi-lensa berlainan fokal, zum optikal ke sisi dan OIS, boleh menjadikannya pembunuh kamera kompak. Tetapi sama seperti SuperVOOC, bilakah teknologi ini akan diterapkan pada mana-mana produk OPPO, kerana ia tidak pula diumumkan.

Trackbacks

  1. […] OPPO dan OnePlus. OPPO memang banyak memperkenalkan teknologi baru untuk telefon pintar seperti SuperVOOC, dan  zum optikal 12x. Masalahnya, setakat ini, tiada satupun produk mereka menggunakan teknologi […]

Apa komen anda?