Naik Uber 99sen sahaja tanpa had penggunaan

Share Button

Khas untuk pengguna Uber di Kuala Lumpur, nikmati promosi 99sen untuk semua perjalanan selama 2 minggu, tanpa had penggunaan. Tapi mesti ada terma dan syarat. Ia hanya untuk perjalanan pendek, di bawah 4km sahaja.

Bermula dari hari ini, 13 Februari sampai 26 Februari 2017, pengguna Uber di Kuala Lumpur boleh menikmati perjalanan pendek kurang dari 4km, pada harga hanya 99sen. Tak sampai RM1 pun. Dan ia ditawarkan tanpa had penggunaan, boleh guna sebanyak yang anda suka setiap hari.

Lebih menarik lagi, Uber akan melanjutkan promosi 99sen seminggu lagi, jika status Facebooknya dikongsi sehingga 1,000 kali. Dan jika ia dikongsi lebih dari 2,000 kali, Uber akan melanjutkannya sehingga dua minggu lagi. 4 minggu untuk perjalanan 99sen tanpa had!

KL, here’s something for you to enjoy: 99 sen flat fare, all day, every day for all those short trips around the city…

Posted by Uber on Sunday, February 12, 2017


Tetapi, pastikan anda mendapat kadar tambang 99sen terlebih dahulu sebelum mengesahkan tempahan Uber. Kerana penulis mencubanya pagi ini, dan menerima kadar tambang berbeza walaupun dari lokasi dan arah tujuan yang sama.

Antara perkara lain yang perlu diketahui, promosi 99sen ini untuk perkhidmatan uberX sahaja, bagi perjalanan di bawah 4km. Ia tidak sah digunakan bersama ‘Scheduled Rides’, serta tidak sah untuk perjalannan ke KLIA & KLIA2.

Jika jalan sesak, tambang akan berubah kepada pengiraan biasa mengikut masa dan jarak. Sah untuk penggunaan kad dan tunai, tetapi tambang tunai akan digenapkan ke RM1.

Untuk maklumat lanjut, semak laman promosi Uber Malaysia di sini. Jangan lupa untuk berkongsi status Facebook Uber Malaysia untuk memanjangkan lagi tempoh promosi 99sen ini.

Trackbacks

  1. […] yag lepas, Uber mengumumkan promosi tambang 99sen untuk pengguna di Kuala Lumpur. Hari ini, Uber mengumumkan promosi baru, tambang percuma bernilai […]

Apa komen anda?