[MWC2017] Nokia 3310 kembali menggigit memori

Share Button

Nokia 3310 akhirnya membuat kemunculan kembali tahun ini, terima kasih kepada pemegang lesen Nokia yang baru, HMD Global. Ia dilancarkan bersama 3 telefon pintar yang baru, tetapi masih tidak dapat melawan populariti Nokia 3310.

Nokia 3310 yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2000, merupakan telefon pintar yang menjadi kegemaran ramai. Tahan lasak, bateri tahan lama dan kekunci yang sangat mudah digunakan, menjadikannya satu ikon lagenda dalam memori ramai.

Apa yang ada pada Nokia 3310 versi 2017 ini? Sama macam dulu?

Pertama, Nokia 3310 bukan telefon pintar. Hanya telefon biasa dengan beberapa fungsi tambahan, boleh kata sama seperti Nokia 3310 yang asal. Kedua, ia hanya menyokong rangkaian 2G sahaja, tiada 3G apatah lagi 4G. Ketiga, ia mengekalkan bateri boleh ubah, serta casing boleh tukar. Keempat, ada games Snakes!

Tetapi, mengapa di zaman telefon pintar ini masih ada yang mahu menggunakan telefon seperti Nokia 3310 ini?

Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Tetapi beberapa perkara menarik tentang telefon ini adalah seperti bateri tahan lama sehingga 31 hari, masa bercakap sehingga 22 jam dan masa bermain MP3 sehingga 51 jam.

Telefon ini juga menggunakan pengecas mikroUSB yang menjadi standard masa kini, storan dalaman 16MB dengan sokongan tambahan mikroSD sehingga 32GB, pemain MP3 dan radio FM, kamera belakang 2MP bersama LED Flash, serta menyokong Bluetooth 3.0.

Nokia 3310 yang baru ini memiliki skrin 2.4-inci QVGA, dan menjalankan sistem operasi Nokia Series 30+. Bolehlah memasang beberapa aplikasi tambahan.

 

 

Nokia 3310 warna kuning 😍

Ada game Snakes tu.

Berapa banyak Nokia 3310 yang korang nak beli ni?

#MWC17 #Nokia3310 #HMDglobal

Posted by TheSkop on Sunday, February 26, 2017

 

Pendek kata, Nokia 3310 ini tidak ubah seperti Nokia 150, sebuah telefon biasa tetapi memiliki rupa dan fungsi Nokia 3310 asal yang menjadi kegilaan ramai. Dalam hal ini, HMD Global cuba mempergunakan populariti Nokia 3310, untuk menaikkan semula jenama Nokia yang hampir pupus.

Ia adalah satu langkah yang bijak dari HMD Global, tetapi produk yang dihasilkan haruslah menepati jangkaan orang ramai. Macam boleh buat baling anjing, atau jatuh ke lantai tapi lantai yang retak.

Nokia 3310 2017 ini dihasilkan dalam empat warna menonjol iaitu Merah, Kuning, Biru dan Kelabu. Ia dijangka mula dijual di seluruh dunia, bermula suku kedua 2017 atau seawal April 2017. Harganya pula, hanya EUR49 (~RM230).

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nokia 3310 di HMD Global.

Trackbacks

  1. […] ini, Nokia cuba meggamit memori penggunanya selepas memperkenalkan kembali telefon ikonik Nokia 3310 yang mereka lancarkan 17 tahun yang lalu, bersama-sama Nokia 3,5, dan 6 dalam usaha memposisikan […]

Apa komen anda?