[MWC 2017] Sony Umumkan Teknologi Kamera Terhebat Pada Xperia XZ Premium

Share Button

Sony pada hari pertama MWC 2017 melancarkan empat buah telefon generasi baru dalam siri Xperia mereka, pasangan Xperia XZ Premium & Xperia XZs serta pasangan Xperia XA1 dan XA1 Ultra. Ia selari dengan beberapa maklumat yang terbocor di laman web beberapa minggu kebelakangan ini.

Xperia XZ Premium & Xperia XZs

Xperia XZ Premium adalah telefon yang paling premium dalam kalangan mereka. Ia menggunakan Snapdragon 835 dengan RAM sehingga 6 GB. Ia bagus kerana ia adalah telefon pertama dalam pasaran yang memiliki panel paparan 4K HDR, maka kuasa pemproses yang tinggi amat diperlukan padanya.

Ia juga menggunakan sensor pengimejan terbaru Sony, IMX400. Padanya dipadatkan 19 juta piksel yang mendukung teknologi Motion Eye. Walaupun mengandungi kurang piksel berbanding flagship, terdahulu tetapi saiz piksel besarnya, menjadikan fotografi di tempat malap tiada masalah. Selain itu, ia juga boleh merakam video sepantas 960 fps, untuk menjadikan detik harian lebih dramatik.

Sekeping bateri 3,230mAh menguasakan komponen-komponen elektorniknya. Menyertai helaian spesifikasi adalaah kekalisan air IP68, dan teknologi Hi-Rez audio. Kemasan berkilat pada bahagian belakangnya menjadikannya mudah kotor.

Sony juga menekankan modem LTE yang ada pada Snapdragon 835. Ia boleh berhubung dengan rangkaian sehingga 1Gbps lajunya.

Xperia XZs adalah telefon Xperia XZ yang ditambah baik. Ia menerima teknologi kamera yang baru, seperti yang ada pada Xperia XZ Premium. Ia bermakna, Xperia XZs masih menggunakan panel panel paparna HD penuh sebesar 5.2″ dengan cip Snapdragon 820.

Xperia XZ Premium tidak akan dijual dalam masa terdekat ini. Paling awal pun dalam bulan May ini kerana mereka perlu mengunggu Samsung melancarkan Galaxy S8-nya. Maka, pengguna boleh menjangkakan Xperia XZs dilancarkan terlebih dahulu.

Xperia XA1 & Xperia XA1 Ultra

Sony Xperia XA1 mengisi ruangan kelas pertengahan telefon Sony. Mereka memperbaharui cip Helio P10 yang ada pada Xperia XA kepada Helio P20. Telefon itu juga menerima RAM yang lebih luas iaitu 3GB serta storan seluas 32GB dengan slot kad SD terbina.

Tiada pembaharuan boleh dikatakan pada kamera depannya kerana ia masih mengekalkan kamera 8MP dengan F2.0. Begitu juga dengan panel paparan, ia masih menggunakan panel 5″ dengan resolusi 720p. Bateri yang diberikan padanya memilki kapasiti 2,300 mAh dengan fungsi pengecasan pantas.

Xperia XA1 Ultra adalah saudara yang lebih besar. Menggunakan paparan sebesar 6″ HD penuh, agak pelik mengapa baterinya tidak melambangkan saiz fizikal telefon itu. Ia hanya dibekalkan bateri berkapasiti 2,700 mAh. Untuk sebuah phablet, ia agak kecil.

Kamera 23MP yang sama seperti Xperia XA1 digunakan pada phablet ini. Kamera hadapannya pula adalah 16MP. Cip pemproses Helio P20 dan RAM 3GB bertanggung jawab menjalankan peranti ini.

Keempat-empat telefon yang diumumkan mash belum diketahui bila ia mula dijual.

Trackbacks

  1. […] melancarkan XZs dan XA1, kini tiba pula XZ Premium dan XA1 Ultra. Kesemua empat telefon pintar ini pertama kali diperkenalkan di pameran MWC 2017 di […]

  2. […] pameran MWC 2017 di Barcelona awal bulan ini, Sony melancarkan beberapa telefon pintar baru iaitu Xperia XZ Premium, XZs, XA1 dan XA1 Ultra. Tarikh jualan serta […]

Apa komen anda?