[MWC 2017] Huawei Watch 2 Mula Dijual Di Malaysia Mei Ini

Share Button

Huawei memperagakan jam tangan pintar terbaru mereka di Barcelona semalam. Dua varian dilancarkan iaitu Huawei Watch 2 dan Huawei Watch 2 Classic. Kedua-dua mereka memiliki spesifikasi yang sama hampir sama seperti digerakkan cip pemproses Snapdragon Wear 2100, bateri 420 mAh dan lain-lain.

Yang membezakan mereka adalah materi binaan dan kehadiran teknologi LTE padanya.

Memiliki ketahanan air dan debu pada tahap IP68, ia boleh digunakan sebagai jam tangan sukan bagi merekodkan aktiviti seharian walaupun di dalam hujan. Sensor GPS dan Barometer mengesan kedudukan serta keadaan cuaca untuk memberikan data bermakna kepada aplikasi mengesan aktiviti.

Huawei Watch 2 dibina daripada materi plastik sepenuhnya manakala versi Classic memiliki sentuhan aluminum pada beberapa bahagian badannya. Tali jam tangan  bersaiz standard membolehkan ia ditukar ganti kepada tali jam generik. Jam tangan ini menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0 dan memiliki ruang storan seluas 4 GB dan RAM seluas 768 GB. Huawei Watch versi Porsche juga ditawarkan untuk mengiringi Huawei Mate 9 yang dilancarkan tak lama dulu.

Huawei Watch 2 mula dijual di Malaysia pada bulan Mei nanti pada harga bermula EUR 329 (RM 1,545).

Apa komen anda?