Facebook nak jadi macam Instagram dan Snapchat

Share Button

Facebook hari ini mengemaskini aplikasi mudahalih mereka di peranti pintar di negara terpilih, dan Malaysia termasuk dalam senarai ini. Pengguna di Malaysia kini boleh menikmati pelbagai fungsi baru Facebook Camera, dengan kemaskini terbaru Facebook.

Tahukah anda, kemaskini terbaru Facebook ini baru terdapat di 8 negara buat masa ini iaitu Itali, Hungary, Argentina, Taiwan, Sweden, Norway, Sepanyol dan Malaysia.

Facebook Stories

Kemaskini terbaru Facebook ini nyata kelihatan apabila kelihatan bulatan kenalan di atas aplikasi. Ia tidak ubah seperti Instagram Stories, malah namanya juga sama iaitu Facebook Stories. Fungsi pun sama sepenuhnya, pengguna Facebook boleh berkongsi gambar dan video, yang akan hilang dan terpadam sendiri dalam masa 24 jam.

Disebabkan Facebook Stories mengambil ruang di atas, maka notifikasi dan tetapan beralih ke bawah pula.

 Facebook lama (kiri) dan Facebook Baru dengan Story (kanan)

Facebook Direct

Jika anda mahu berkongsi gambar atau video khas kepada seseorang yang kemudiannya dipadamkan secara automatik, gunakan Direct. Kenalan Facebook yang menerima gambar atau video menerusi Direct, boleh melihatnya sebanyak 2x sahaja sebelum terpadam sendiri. Jika ia tidak dilihat dalam masa 24 jam, ia juga akan terpadam sendiri. Satu cara yang selamat untuk menghantar mesej rahsia, macam Mission Impossible.

Facebook Camera

Ini ialah fungsi paling besar perubahannya di Facebook. Facebook Camera kini lengkap dengan puluhan kesan khas seperti topeng, binatang, bingkai, dan macam-macam lagi. Ia juga memiliki kesan dinamik, seperti objek terjatuh dan pizza terbang. Terdapat juga filter yang boleh ditukar ganti masa nyata, sebelum dirakam.

Untuk menggunakan Facebook Camera serba baru ini, tekan sahaja butang kamera yang terletak di sudut atas kiri, atau sapu sahaja skrin Facebook Newsfeed dari kiri ke kanan.

Trackbacks

  1. […] mengumumkan akan melancarkan WhatsApp Status serba baru, dengan fungsi seakan Instagram Story dan Facebook Story, atau lebih popular terlebih dahulu di […]

Apa komen anda?