Cip Pemproses Air Tangan Xiaomi Ada 8 Teras

Share Button

Seperti yang digembar-gemburkan,  Xiaomi secara rasminya melancarkan cip buatan sendiri yang dberi nama Surge S1. Merujuk pada spesifikasi yang diterbitkan pihak Xiaomi sendiri, cip ini memiliki binaan yan sama dengan MediaTek Helio P10 (MT6755).

Pinecone Surge S1 adalah cip pemproses delapan teras yang sedikit pantas berbanding Helio P10. Kesemua terasnya adalah daripada jenis Cortex-A53, empat daripadanya berkelajuan 2.0 GHz manakala yang selebihnya 1.1 Ghz.

Daripada segi penanda aras, Surge S1 mencatatkan prestasi melebihi pemproses Snapdragon 625, MediaTek P20 dan P10 daripada segi CPU dan juga GPU.

Antara spesifikasi yang lain adalah algoritma pemerosesan mej yang 1.5 kali ganda lebih baik berbanding kebiasaan serta penggunaan tenaga 40% lebih cekap berbanding pesaing terdekat.

Cip ini digunakan dalam telefon Xiaomi Mi5c yang turut dilancarkan bersama-sama cip ini.

[Sumber: Xiaomi]

Trackbacks

  1. […] MWC 2017, ia tidak menghalang Xiaomi daripada bikin kecoh. Selepas melancarkan cip pemproses buatan sendiri, Pinecone Surge S1, mereka mengumumkan pula telefon pertama yang mendukung cip tersebut, Xiaomi Mi […]

Apa komen anda?