[MWC2017]Blackberry KEYone Adalah Telefon Terakhir Blackberry

Share Button

Blackberry hari ini secara rasminya menamatkan projek Mercury mereka dengan pelancaran Blackberry KEYone. Ia adalah telefon terakhir yang proses binaannya dikelola terus oleh Blackberry dan dihasilkan TCL, selaku pemegang lesen mengeluarkan telefon Blackberry. Selepas ini, TCL akan berperanan penuh merangka dan menghasilkan telefon Blackberry manakala pihak Blackberry akan memberi fokus terhadap aspek keselamatan telefon saja.

Blackberry memang terkenal dengan tahap keselamatan tinggi hinggalah ke tahap perkakasan itu sendiri. Mereka berbangga dengan produk DTEK yang menjamin keselamatan data penggunannya dengan mengawal selia semua komponen  yang berkemungkinan digodam oleh pihak yang tak bertanggung jawab untuk mencuri data.

Selain itu, papan kekunci QWERTY-nya yang unik juga boleh berfungsi sebagai pad sesentuh yang boleh disuaikan pengikut kegunaan. Ia menjalankan sistem operasi Android 7.1 Nougat sejurus keluar daripada kotak dan digerakkan cip pemproses Snapdragon 625 dengan sokongan RAM seluas 3 GB. Kamera belakangnya menggunakan sensor yang sama seperti Google Pixel iaitu IMX378.

Panel paparannya mempunyai nisbah resolusi yang unik. Pada nisbah 3:2, ia mempunyai resolusi 1620 x 1080 pada saiz 4.5 inci. Bateri yang ia gunakan memiliki kapasiti 3,505 mAh dengan keupayaan pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0. Port USB-C digunakan untuk mengecas telefon ini.

Telefon ini akan mula dijual di seluruh dunia bermula April ini pada harga USD 549 (MYR 2,437).

Trackbacks

  1. […] dan Kanada, dan negara lain akan menyusul kemudian. Ia agak lewat dari yang dinyatakan semasa pelancaran di MWC 2017, yang mengatakan ia akan mula dijual sekitar […]

Apa komen anda?