ArkTube, Aplikasi Muat Turun Video YouTube Terbaik Android

Share Button

YouTube adalah pusat sehenti untuk kandungan multimedia dunia. Pelbagai video boleh didapati di sana. Masalahnya, ia memerlukan telefon anda terus berhubung dengan Internet untuk mengakses video di awan. arkTube hadir membawa penyelesaian. Ia boleh memuat turun video terus ke telefon anda untuk dinikmati kemudian.

170202-arktube macam mana nak download

Muat turun video sangat mudah, hanya perlu kongsi ke arkTube

Antara ciri-ciri menarik arkTube adalah seperti:

  1. Muat turun video dalam semua resolusi dan fps daripada 1080p, 1440p, 4K sampai 8K.
  2. Muat turun audio saja.
  3. Muat turun keseluruhan playlist.
  4. Muat turun menggunakan pemecut (download accelerator).
  5. Boleh berhenti dan sambung semula muat turun.

Aplikasi ini tiada pada Google Play Store dan anda perlu memasangnya secara manual. Jangan risau, anda tak perlu memiliki pengetahuan terlalu dalam tentang sistem Android. Ia tak memerlukan anda meng-root atau mengubah sistem. Maka, jaminan telefon anda masih utuh.

Sebelum memasangnya, anda perlu mengaktifkan fungsi pemasangan daripada sumber luar.

170202-arktube aktifkan unknown sources

Cara menggunakannya mudah saja. Anda cuma perlu cari video yang anda berkenan melalui aplikasi YouTube. Kemudian, anda hanya perlu tekan butang Share dan pilih sama ada mahu muat turun video ataupun audio saja.

Muat turun akan bermula dan setelah taman anda boleh mencari fail video/audio menggunakan mana-mana aplikasi File Manager seperti ES File Explorer untuk menonton.

Ya, memang aplikasi YouTube sendiri ada sediakan fungsi muat turun. Tapi, ia tidak membernarkan muat turun sehingga 8K dan ada sesetengah penyedia kandungan mematikan fungsi muat turun video mereka.

Nak cuba? Muat turun fail APK arkTube di laman forum yang disediakan.

Forum arkTube: XDA Developer

Comments

Apa komen anda?