Webe melanjutkan diskaun RM120 untuk pelan data, panggilan & SMS tanpa had

Share Button

Jika anda tercari-cari pelan telefon mudahalih yang memberikan 9,999,999 GB data, panggilan dan SMS, atau kata lainnya tanpa had, pastinya webe adalah pilihan yang terdapat di Malaysia. Tetapi masih tidak ramai yang berminat untuk mendaftar, mungkin kerana komitmen setinggi RM199 sebulan, atau halangan berkongsi data melalui WiFi hotspot secara percuma.

Sebelum ini, webe melancarkan promosi hujung tahun 2016 dengan menawarkan kadar rendah RM79 kepada semua pelanggan yang mendaftar pelan tanpa had webe sebelum tiba tahun 2017. Tetapi, webe nampaknya melanjutkan lagi tawaran ini sehingga 11 Februari 2017, sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.

Dalam promosi kali ini, webe menjanjikan angpau atau diskaun RM120 selamanya jika pendaftaran dibuat selewatnya pada 11 Februari 2017. Bermakna, pengguna boleh melanggan pelan tanpa had hanya RM79 sebulan, selama-lamanya. Memang tidak berbeza dengan tawaran sebelum ini.

diskaun-talian-tambahan-webe

Pelan tanpa had webe ini boleh dilanggan pada kadar lebih rendah, jika anda mendaftarkan rakan atau keluarga di bawah anda. Talian kedua boleh menikmati langganan tanpa had hanya RM69 sebulan, dan ia lebih murah sehingga ke talian ke-5 boleh dilanggan serendah hanya RM49 sebulan. Semua ini untuk data, panggilan dan SMS tanpa had.

Pelan webe ini bukanlah tidak boleh berkongsi data, cuma anda perlu membayar RM6 untuk penggunaan WiFi Hotspot selama 2 jam. Perlu diingat, semua kadar ini sebelum dikenakan GST 6%.

webe-lancar-home-broadband-10gb-rm59

Jika anda hanya perlukan data, webe baru sahaja memperkenalkan pelan Home Broadband di mana ia menawarkan kuota 10GB data pda kadar RM59 sebulan. Ia boleh dikongsi secara percuma sehingga 10 peranti. Sebagai promosi pengenalan, webe kini memberikan 20GB data tambahan untuk waktu terhad.

Jadi, jangan terlepas peluang kedua promosi harga rendah pelan tanpa had webe ini. Belum pasti peluang ketiga akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web webe mobile.

Apa komen anda?