Uber Percuma Ke Stesen MRT Berdekatan Anda

Share Button

Bagi mendorong warga kota menggunakan pengangkutan awam, Uber hari ini melancarkan promosi yang memberikan potongan harga apabila penggunanya ber-Uber dari/ke stesen MRT berhampiran mereka.

Untuk menikmati potongan RM5 yang ditawarkan, anda hanya perlu masukkan kod MRT4FREE kedalam aplikasi Uber anda. Promosi ini sah sehingga 22 Januari 2017.

170106-uber-promo-mrt

Mass Rapid Transit (MRT) adalah projek keretapi elektrik yang menghubungkan kawasan Sungai Buloh dan Kajang. Laluan sepanjang 51 km itu dijangka akan berkhidmat untuk lebih 400,000 pengguna setiap hari menggunakan koc kereta api tanpa pemandu.

Sebanyak 31 stesen telah ditetapkan yang membelah kawasan-kawasan padat bagi membolehkan golongan pejabat pergi dan balik kerja tanpa perlu menempuhi kesesakan jalan raya yang sinonim dengan Kuala Lumpur. Setakat ini, hanya fasa satu dibuka untuk orang ramai iaitu daripada Sungai Buloh dan Semantan yang melibatkan 13 stesen. Perkhidmatan MRT setakat ini adalah percuma sehingga 16 Januari.

Baca pengalaman kami menaiki MRT tempoh hari.

Apa lagi, jom cuba naik MRT hari ini!

 

Apa komen anda?