Tonton, Kongsi dan Menang hadiah semasa pelancaran OPPO R9s

Share Button

OPPO Malaysia bakal melancarkan telefon pintar OPPO R9s pada hari esok, 5 Januari 2017. Peminat OPPO di seluruh Malaysia, boleh turut sama-sama menyaksikan majlis pelancaran itu secara langsung, menerusi strim video dan turut berpeluang memenangi hadiah misteri.

Majlis pelancaran OPPO R9s akan bermula pada jam 4 petang esok. Untuk peluang memenangi hadiah ini, apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Kongsikan laman web OPPO R9s LIVE di Facebook anda, dan set ke Public. Kemudian tag dua orang kawan pada perkongsian tersebut.
  • Dalam perkongsian itu, tuliskan ayat kreatif dan sokongan bersama hashtag #OPPOMalaysia #OPPOR9s #NowItsClear

Sebanyak 24 pemenang yang menepati syarat-syarat di atas, akan dipilih secara rawak. Anda boleh berkongsi sebanyak mana yang anda suka. Tetapi ia mestilah di antara jam 4 petang 5 Januari, sehingga jam 11.59 malam pada 6 Januari 2017.

170103-oppo-r9s-depan-dengan-kotak

Hadiahnya? OPPO Malaysia menyediakan tiket wayang, set kepala Bluetooth iLike LE903 serta gelang pintar Now 2. Pemenang akan diumumkan di Facebook OPPO Malaysia dan Instagram @oppomalaysia. Terma dan syarat pertandingan boleh dirujuk di sini.

OPPO R9s merupakan sebuah telefon pintar dengan kamera berkuasa tinggi. Selain kamera swafoto 16MP di depan, ia memiliki sensor khas Sony IMX398 16MP f/1.9 di belakang. Kamera belakang ini menggunakan autofokus dwi-PDAF yang mampu mengunci fokus 40% lebih pantas. Selain itu, ia dikuasakan CPU Snapdragon 625 bersama 4GB RAM serta 64GB storan dalaman.

Untuk memeriahkan lagi ketibaan OPPO R9s, OPPO Malaysia telah melantik selebriti terkenal dari Malaysia dan Korea Selatan sebagai duta produk iaitu Min Chen, Fattah Amin, Ayda Jebat dan juga Lee Minho. Tonton bagaimana OPPO R9s mempertemukan Min Chen dan Minho, dalam video di atas.

Kalau nak menang hadiah, jangan lupa ikuti siaran langsung pelancaran OPPO R9s menerusi laman web OPPO R9s LIVE, bermula jam 4 petang esok. Kami juga akan berada di sana untuk melaporkan terus dari tapak pelancaran.

Apa komen anda?