TM perkukuh hubungan dengan Eropah Barat melalui SEA-ME-WE 5

Share Button

Telekom Malaysia (TM), peneraju industri telekomunikasi di Malaysia mengumumkan kesediaan sambungan kabel dasar laut terbaharu, SOUTH EAST ASIA – MIDDLE EAST – WESTERN EUROPE 5 (SEA-ME-WE 5) yang menghubungkan dari Eropah Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Ia meningkatkan kapasiti perhubungan di antara pihak terlibat, terutama dari Eropah ke Asia.

Sambungan kabel dasar laut SEA-ME-WE 5 berjarak 20,000 kilometer, menyambung 3 benua melaluinya, meliputi 18 buah negara. Ia direka dengan kapasiti 24 Terabit sesaat melalui 3 pasang kabel fiber, selain menyediakan latensi paling rendah.

rangkaian-kabel-dasar-laut-sea-me-we-5

Projek ini dijayakan menerusi konsortium yang dibentuk oleh 20 syarikat telekomunikasi dari 18 negara iaitu:

  1. Telekom Malaysia Berhad (TM)
  2. Bangladesh Submarine Cable Company Limited (BSCCL)
  3. China Mobile International (CMI)
  4. China Telecom Global (CTG)
  5. China United Network Communications Group Company Limited (CU)
  6. Djibouti Telecom (DT)
  7. Emirates Integrated Telecommunications Company (du)
  8. Myanmar Post and Telecom (MPT)
  9. Ooredoo Oman
  10. Ooredoo Qatar
  11. Orange
  12. PT Telekomunikasi Indonesia International (Telin)
  13. Saudi Telecom Company (STC)
  14. Singapore Telecommunications Ltd (Singtel)
  15. Sparkle
  16. Sri Lanka Telecom PLC (SLT)
  17. Telecom Egypt (TE)
  18. TeleYemen
  19. Turk Telekom International (TTI)
  20. Trans World Associates (Pvt) Limited Pakistan (TWA)

Keupaayan tinggi projek SEA-ME-WE 5 ini terbukti apabila ia dianugerahkan sebagai Projek Dasar Laut Terbaik Tahunan dalam majlis Global Carrier Awards, di Paris pada November 2016. Ia menampilkan teknologi dan tahap pengurusan yang terbaik.

TM akan dapat memanfaatkan kelebihan sambungan SEA-ME-WE 5 untuk mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa, dalam menyediakan perkhidmatan seperti IP Transit, IPVPN, interconnection dan servis backhaul. Ia juga bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi merentasi tiga benua.

Untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju telekomunikasi, TM telah melabur di dalam banyak projek domestik, serantau serta di peringkat antarabangsa. TM memiliki dan menyewa lebih dari 20 sistem kabel dasar laut di seluruh dunia. Di antaranya adalah:

  1. Asia America Gateway Cable Network (AAG)
  2. South East Asia-Middle East-Western Europe Cable System 3 (SEA-ME-WE3 – SMW3)
  3. SEA-ME-WE4 (SMW4)
  4. Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2)
  5. Batam-Rengit Cable System (BRIGHT)
  6. Batam-Dumai-Melaka Cable System (BDM)
  7. Dumai-Melaka Cable System (DMCS)
  8. Bay of Bengal Gateway (BBG)
  9. Malaysia-Cambodia-Thailand (MCT)
  10. Cahaya Malaysia (dimiliki TM)
  11. Japan – US Cable Network (JUSCN)
  12. South Atlantic 3 / Western Africa Submarine Cable / South Africa Far East (SAT-3/WASC/SAFE).

Untuk maklumat lanjut tentang projek SEA-ME-WE 5, layari lamanweb www.seamewe5.com.

Apa komen anda?