[TEST PRODUK] Dah masuk tahun 2017, tak boleh ‘move on’ dengan telefon ini…

Share Button

Mudah pegang dan saiz yang tepat

Sudah hampir sebulan 2017 menjengah kita. Dalam proses tersebut, pelbagai telefon dikeluarkan syarikat elektronik namun walaupun selepas dua bulan, Sam tidak boleh move on dari satu produk ini, Xiaomi Mi Mix.

Sebelum ini, sepatutnya perjalanan Sam ke Beijing, China fokus kepada telefon Xiaomi Mi Note 2 yang sudah dijangka awal. Tetapi sebaik saja pembentangan eksekutif Xiaomi di atas pentas, terpampang pula visi Xiaomi yang mahukan telefon lutsinar sebagai gajet masa depan.

Terkejut Sam kerana tidak menjangka visi Xiaomi itu didedahkan awal dan mereka mencubanya dulu dengan Mi Mix. Bukanlah ia telefon lutsinar tapi dilihat pada rekaannya, ia memiliki 91.3% nisbah paparan dengan badan, yang paling tinggi pernah dicapai dalam sejarah telefon pintar.

Sebelum ini, rekod hampir sama dilihat pada Sharp Aquos Crystal yang hanya mencatatkan 78.5% peratus nisbah paparan dengan badan.

Sisi Mi Mix mungkin agak tebal

REKAAN

Bagi memperoleh paparan yang sangat besar, Xiaomi mengorbankan banyak ciri yang biasa kita lihat di skrin depan telefon.

Xiaomi memutuskan untuk memanfaatkan saiz 6.4 inci dengan bahan seramik penuh badannya. Hasil memang menawan, siapa pun tidak boleh nafikan bahan yang berseramik menjadikan telefon (atau Sam panggilnya sebagai phablet juga) Mi Mix sangat cantik apabila dipegang.

Cuma sedikit masalah dengan seramik menjadikannya licin dan jika tidak kerana kasing yang ditawarkan bersama, mungkin sudah dua tiga kali telefon ini terjatuh dari genggaman. Tambah-tambah pula jari Sam kecil lah juga, mudah tergelincit barang digenggam.

Ia menimbulkan kerisauan juga jika Mi Mix terjatuh, apa lah akan jadi pada skrin depan dengan gelas yang besar itu? Ok, agak ngilu jika Sam bayangkannya terjatuh di atas jalan tar.

Bahagian bawah lengkap dengan pembesar suara

Sam mengambil keputusan untuk menyarungkannya dengan pelindung skrin yang ‘customized’ kerana tiada yang bersesuaian untuk digunakan.

Jika bahagian depan tidak menunjukkan telefon pintar yang tipikal, bahagian belakang dan tepi masih kekal seperti biasa di mana butang kuasa dan volum masih berada di kiri telefon manakala di sebelah kanan mempunyai lokasi untuk memuatkan kad SIM.

Bahagian atas menempatkan jek audio 3.5mm dan dua lubang kecil bagi pembesar suara.

Di manakah kamera selfie? Ia dipindahkan di bahagian bawah kerana Xiaomi mahu memenuhkan ruang atas dengan paparan skrin saja. Jadi kalau mahu berselfie, amalkan konsep menukar kedudukan telefon bawah ke atas.

Kalau tidak, akan terpampang jari anda di skrin nanti yang menghalang lensa.

Dari aspek rekaan, Sam bagi 4BINTANG.

Mudah pegangPerasan tak bahagian atas tanpa kamera selfie?

PAPARAN

Paparan IPS yang hampir tiada bezel ini bagaimanapun hanya cukup untuk 1080p, secara teknikalnya ia 2040 x 1080 yang membolehkannya mempunyai nisbah aspek 17:9 iaitu sedikit lebar berbanding fram video yang biasa.

Tidak dinafikan, segala-galanya tentang skrin ini memang cantik bermakna jika anda menonton iflix atau Netflix di depan skrin ini, ia sudah cukup bagus dan terang pada tetapan automatik.

Skrin IPS masih mampu kelihatan cerah meskipun di bawah sinaran matahari yang menyala-nyala. Sam cuba menetapkan tahap cerah sehingga 0 dan hasilnya memang tak nampak walau satu ikon pun di skrin.

Disebabkan ia dengan nisbah aspek 17:9 namun kebanyak video seperti di YouTube menawarkan 16:9, terdapat ruang hitam di sisi dan tidak menampakkan telefon tanpa bezel yang jelas.

Dari aspek paparan, Sam bagi 4BINTANG

Santai dengan skrin besar Mi MixSkrin HD depan memang seronok

PRESTASI

Xiaomi Mi Mix memanfaatkan Snapdragon 821 dan RAM 4GB boleh dikatakan lancar.

Meskipun penanda aras Antutu menunjukkannya hanya dinilai pada markah 121270, prestasi secara rambang masih menunjukkan kelancaran telefon ini beroperasi. Untuk rekod, markah bagi Mi5s pun melebihi 15,000.

Versi RAM yang Sam uji adalah 4GB walaupun ada versi 6GB juga di pasaran China. Cadangan Sam supaya Xiaomi terus saja meletakkan RAM 6GB tanpa kompromi kerana 4GB sudah biasa bagi pengeluar telefon sekarang.

Dari aspek prestasi, Sam bagi 4BINTANG

Pengimbas cap jari dan kamera belakangTerdapat pengimbas cap jari dan kamera di belakang. Oh ya, rekaan belakang nampak premium dan elegen

PERKAKASAN

Kapasiti RAM tersebut juga banyak dibantu storan yang lebih besar bagi Mi Mix. Model biasa saja sudah menawarkan 128GB dalam badan yang sudah cukup tanpa perlu tambahan kad mikrosd lain. Langkah ini perlu diteruskan pada masa depan untuk mana-mana telefon Xiaomi.

Jika Sam menonton iflix dalam mana-mana telefon, Sam lebih gemar untuk menggunakan fon telinga berbanding pembesar suara.

Namun pada suatu hari ketika hujan yang lebat dan Sam terpaksa berhenti di R&R kerana tidak lagi nampak lebuh raya di depan, Sam mencuba memasang iflix tanpa fon telinga (satu lagi alasan adalah kerana ia tertinggal di but kereta) dengan menggunakan pembesar suara biasa dan ia ternyata mantap.

Ketika hujan guruh berdentum pun masih berasa seolah-olah dalam wayang!

kamera selfie di bawahKamera selfie di bawah

Mi Mix menggunakan port USB-C dan baterinya pula besar 4400mAh. Xiaomi mengatakan 83% bateri akan dicas dalam tempoh setengah jam tapi mencubanya sendiri Sam menunggu hampir 2 jam untuk ia penuh 70%.

Bercakap soal bateri, jika penggunaannya sangat aktif dan apabila Sam mengatakan aktif ialah dengan berfacebook, bertwitter, berinstagram, beryoutube, bermain game HD dan berwhatsapp menghabiskan bateri dalam tempoh 7 jam. Ya, mungkin agak cepat kering bateri.

Telefon ini tiada speaker suara. Sebaliknya Mi MIX menggunakan teknologi gegaran akustik untuk menghantar bunyi menerusi badan seramik ke paparan dan terus ke telinga pengguna.

Bercakap seperti biasaTanpa pembesar suara di atas, anda masih boleh berbual seperti biasa

Comments

Apa komen anda?