Tempahan OPPO R9s Dibuka Hari Ini

Share Button

Dua hari sebelum pelancaran rasminya, OPPO Malaysia telah memulakan sesi tempahan untuk telefon terbaru mereka, OPPO R9s. Dikenali sebagai tempahan “buta”, pengguna boleh membuat tempahan tanpa mengetahui harga sebenar telefon ini serta mereka akan menerima hadiah misteri sejurus harga telefon itu diumumkan pada 5 Januari 2017.

030117-oppo-r9s-blind-order

OPPO memang terkenal dalam kalangan kaki gambar dan swatfoto. OPPO R9s tidak terkecuali. Jika dilihat pada kamera hadapan 16MP yang diterima, swafoto memang sesuatu yang kacang. Untuk menambah kesedapan, ciri Beautify 4.0 dibenam kedalam sistem operasi ColorOS 3.0 yang dibangunkan menggunakan kerangka Android 6.0 Marshmallow.

Kamera belakang tak kurang hebatnya. Turut disertakan sensor 16MP, ia memiilki luas apertur F1.7 dengan teknologi pembidik fokus dual PDAF. Hasilnya, amat payah untuk terlepas saat-saat yang penting.

Sekeping panel AMOLED beresolusi HD penuh pada saiz 5.5 inci menghiasi bahagian hadapan. Pada papan utama pula, ia menggunakan Snapdragon 625 beserta 4GB RAM. Teknologi pengecasan pantas VOOC turut hadir untuk mengisi bateri berkapasiti 3010 mAh telefon ini.

Di Singapura, OPPO R9s diniagakan pada harga SGD 679 (MYR 2,100). Untuk telefon berspesifikasi pertengahan seperti ini, harganya agak tinggi. Mungkin ia meliputi kos yang perlu ditanggung untuk mengupah superstar Lee Min Ho dari Korea untuk menjadi duta telefon ini. Selain beliau, terdapat beberapa orang bintang tempatan turut menjadi duta telefon ini.

Terus ke laman rasmi produk untuk membuat tempahan pada harga RM100 hari ini.

030117-oppo-r9s-leeminho-02

Apa komen anda?