Telefon HTC Yang Akan Datang Ini Ada Dua Paparan

Share Button

Pengeluar telefon Google Pixel HTC sejak kebelakangan ini agak suram dengan telefon-telefon yang menarik. Selain HTC 10, telefon-telefon yang hadir kemudiannya kebanyakkannya menggunakan cip pemproses MediaTek yang memang sinonim dengan kelas pertengahan. Tapi, HTC U yang akan dilancarkan esok dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 835!

Menurut satu sumber yang telah membocorkan maklumat HTC U, telefon ini akan hadir dengan paparan sekunder pada bahagian atas berhampiran kamera swafoto. Ia berfungsi seperti paparan sekunder di MacBook Pro yang boleh memaparkan shortcut.

170111-htc-u-secondary-display

Paparan sekunder terletak bersebelahan kamera swafoto

Selain mengguna pakai cip pemproses terbaik dalam pasaran setakat ini, ia juga hadir denan panel paparan beresolusi HD 2K serta RAM 4GB bersama-sama 64GB storan. Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Difahamkan juga, terdapat dua varian bakal dilancarkan. Varian yang lebih rendah, U Play menggunakan cip MediaTek Helio P10 dengan RAM seluas 3GB. Bateri yang menguasakan peranti ini adalah 2,500 mAh.

Pelancaran dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang waktu Malaysia dan sesi livestream disediakan. Mari sama-sama kita nantikan pelancaran telefon pertama HTC dalam tahun 2017 esok.

View post on imgur.com

[Sumber: The Verge]

Apa komen anda?