Tak Puas Hati Dengan Telco, Lelaki Ini Buat Sesuatu Yang Mengejutkan

Share Button

Kemaskini 10 Januari 2017 – kenyataan daripada Digi

Satu kejadian amuk telah berlaku di ibu pejabat Digi semalam. Seorang lelaki telah menerjah masuk membawa sebekas telur ayam mentah lalu mula membalingnya di sekitar ruang lobi pejabat syarikat telekomunikasi itu. Semuanya dirakam dalam satu video berdurasi lebih seminit dan dimuat naik ke profil Facebook individu itu sendiri.

Posted by Mohd Al Iman Zakaria on Friday, January 6, 2017

 

Tidak dapat dipastikan punca utama tindakan itu. Walau bagaimanapun, sehari sebelum kejadian itu, dia ada berkongsi beberapa screenshot tentang ketakpuasan hati beberapa orang pengguna Digi yang mendakwa mereka telah menerima cas yang tak munasabah daripada perkhidmatan SMS yang mereka tidak pernah langgan pun. Lebih mengejutkan, walaupun sudah meminta pihak Digi untuk mematikan perkhidmatan itu, ia masih dicas kedalam bil.

Kempen ban DIGI . Do NOT Change or subscribe to DIGI . #jomlive #digi #digisucks lets ramai ramai complain at digi fb…

Posted by Mohd Al Iman Zakaria on Thursday, January 5, 2017

 

Kami telah cuba menghubungi Digi untuk meminta maklumat lanjut berkaitan kejadian ini, tetapi disebabkan ia berlaku pada hari Jumaat, kita mungkin tidak akan menerima maklum balas mereka sehingga Isnin akan datang.

Dalam status lelaki itu juga, Digi akhirnya mengambil tindakan diplomatik untuk duduk berbincang tentang permasalahan tersebut.

Updated : Now they listening. To be continue after Friday Pray ….. stand for your right…. 3.00 pm : waiting reply…

Posted by Mohd Al Iman Zakaria on Thursday, January 5, 2017

 

Pengguna diluar sana, ingatlah bahawa kita masih mempunyai pihak-pihak seperti CFM dan Tribunal Tuntunan Pengguna yang boleh membantu kita mendepani masalah ini. Cumanya, ia sangat menuntut kesabaran yang tinggi kerana kadang kala ia melibatkan satu proses yang menjerihkan. Tahukah anda, aduan ke CFM kini boleh dbuat terus melalui telefon anda?

Seperti biasa, jika terdapat pentelagahan antara pihak, sudah tentu kita ingin mendengar kisah di pihak yang satu lagi. Apa-apa maklumat akan kami kemas kini daripada masa ke masa.


Kemaskini 10 Januari 2017

Pihak Digi telah membalas pertanyaan kami berkaitan insiden tersebut. Berikut adalah petikan jawapan yang kami terima:

“We met with the customer yesterday to listen to his concerns as customer feedback is important for us to improve our overall service and experience. After further investigation, we agreed on a resolution together within the day. Our customers continue to be our priority, and while we continue to do our best to address concerns, we welcome feedback in an amicable manner as we also have a duty and responsibility to protect the interest and safety of our employees, guests and other customers across our channels.”

“Semalam, kami telah berjumpa dan mendengar keluhan pelanggan tersebut. Hal ini kerana maklum balas pelanggan amat penting bagi kami mempertingkat tahap perkhidmatan kami. Selepas siasatan mendalam dijalankan, kami telah mencapai kata sepakat dalam hari yang sama. Pelanggan adalah tulang belakang kami. Walaupun kami akan mencuba yang terbaik untuk mendengar setiap maklum balas, kami amat mengharapkan ia datang dengan penuh sopan dan hemah kerana kami juga bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan dan keselamatan kakitangan, tetamu, dan pelanggan kami yang lain.”

Penyelesaian yang dimaksudkan pihak Digi adalah sekeping cek yang tidak diketahui nilainya kepada si pelapor sebagai ganti rugi.

170110-amukan-digi-gantirugi

[Sumber: Facebook]

Comments

Trackbacks

  1. […] lepas, perkara yang hampir sama berlaku di ibu pejabat sebuah telco. Seorang lelaki bertindak melakukan kekecohan kerana tak puas […]

Apa komen anda?