Tahniah Faiz Subri, khas dari TheSkop

Share Button

Bukan saja gol yang disepaknya menakjubkan, Mohd Faiz Subri sangat bertuah kerana ramai yang bersetuju dengan beliau. Apatah lagi bila empunya badan datang dari negara yang dikatakan mempunyai lebih 21 juta pengguna Internet dikalangan 30 juta populasinya (World Factbook, CIA).

Dari sudut pandang teknologi, ada beberapa perkara menarik tentang gol ultra Faiz ni.

1. Di saluran Youtube FifaTV, video sepakan percuma itu telah ditonton lebih 27 juta kali sejak 21 November tahun lalu.

2. Kempen untuk melayakkan gol Faiz memenangi anugerah PUSKAS bukan saja popular di Facebook, platform kegemaran rakyat Malaysia. Ada juga yang ditarik ke laman web FIFA melalui Twitter dan Whatsapp. Beberapa klik saja pun langkah nak mengundi.

fazi-subri-menang-anugerah-puskas-fifa-2016

3. Di Twitter, lebih ramai peminat percaya gol Faiz memang layak berbanding sepakan gol pemain bola yang lain seperti Daniuska Rodriguez dari Venezuela dan Johnath Marlone dari Brazil. Sekali imbas, komen positif lebih banyak berbanding waktu Harith Iskander dinobatkan sebagai pelawak terbaik dunia.

4. Anugerah Puskas dijalankan melalui proses pengundian secara atas talian. Menurut pengendali akaun Twitter FIFA Football Awards, Faiz menerima 2.5 juta undian.

5. Antara gambar swafoto paling popular di media sosial, haruslah gambar yang Faiz ambil bersama Cristiano Ronaldo, yang turut menerima anugerah Player of the Year di pentas yang sama.

faiz-subri-swafoto-cristiano-ronaldo

Sekali lagi, tahniah Faiz Subri di atas kemenangan bersejarah ini.

Apa komen anda?