Storan 128GB Black Pearl edisi terbaru Samsung Galaxy S7 edge

Share Button

Samsung Galaxy S7 edge merupakan salah satu telefon pintar Samsung yang sangat laris dijual tahun lepas. Semasa pelancaran, ia diperkenalkan dengan 3 pilihan warna, sebelum ditambah warna merah jambu. Kemudian muncul edisi khas Injustice dengan tema Batman, sebelum tiba pula warna Biru (Blue Coral). Terkini, ia tampil dengan warna baru yang dipanggil Black Pearl, bersama kapasiti storan digandakan.

Samsung Galaxy S7 edge Black Pearl ini telah kelihatan mula dijual di berapa laman e-dagang di Malaysia seperti DirectD, SatuGadget dan Lazada Malaysia. Spesifikasinya sama sahaja seperti Galaxy S7 edge, melainkan storan dalamannya menjadi 128GB, berbanding hanya 32GB sebelum ini. Harganya pula menjadi RM3,399, termasuk GST.

Bagi yang mahukan telefon pintar Android dengan prestasi hebat, kamera terbaik dan storan besar, ia kini boleh dimiliki di dalam Galaxy S7 edge Black Pearl. Cuma, tiada pilihan warna lain untuk storan sebesar ini.

Telefon pintar Galaxy S7 edge memiliki pemproses Exynos 8890 8-teras dan 4GB RAM, dan sedia menerima kad memori mikroSD. Ia juga telefon pintar yang kalis air dan debu, dengan rating IP68. Skrinnya berukuran 5.7-inci, resolusi QuadHD dan melengkung di kedua belah sisi.

Adiwira Galaxy S7 dan S7 edge - 01 termasuk air

Kapasiti baterinya sebesar 3,600mAh, dan ia memiliki pengecas pantas serta menyokong pengecasan pantas wayarles. Ia mempunyai pengecas capjari yang terletak di butang fizikal Home, dan menyokong fungsi pembayaran Samsung Pay.

Kamera Galaxy S7 edge adalah antara yang terbaik di pasaran kini. Kamera belakangya dilengkapi sensor 12MP dwi-piksel f/1.7, sangat pantas mengunci fokus dan menghasilkan gambar cerah dalam suasana malap. Kamera depannya pula 5MP f/1.7.

tawaran-mysamsung-apps-diskaun-rm300-galaxy-s7-edge

Untuk masa terhad, pengguna peranti Samsung boleh mendapatkan kupon diskaun RM300 untuk membeli Galaxy S7 dan S7 edge baru. Ia boleh didapati menerusi aplikasi mySamsung. Promosi ini berjalan sehingga 19 Februari 2017, dan terhad kepada 20,000 unit sahaja, mana satu yang tiba dahulu. Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Samsung Malaysia.

Trackbacks

  1. […] Samsung Malaysia bukan sahaja membawa masuk Galaxy S7 edge dengan storan lebih besar, tetapi turut serta membawakan Galaxy Note5 yang baru, dengan storan 64GB. Sebelum ini, Galxay […]

Apa komen anda?