Selamat Hari Lahir Ke-10 iPhone!

iPhone 5S / iPhone 5C

Share Button

170109-iphone-5s-5cPada September 2013, Apple melancarkan dua buah iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Apple yang sering dikaitkan dengan telefon premium, mula bereksperimentasi dengan segmen harga pertengahan dengan iPhone 5C.

iPhone 5S adalah iPhone pertama yang menggunakan cip 64-bit A7 dengan cip pemproses sokongan yang diberi nama “M”. Cip itu dikhaskan untuk mengesan pergerakkan kerana menggunakan tenaga yang rendah. Ia menandakan bermulanya pertumbuhan pesat aplikasi berasaskan kesihatan dalam ekosistem Apple.

Jika anda nak tahu, pengimbas cap jari yang pertama diperkenalkan pada iPhone 5S. Pada waktu itu, pemilik iPhone 5 yang tak mahu kalah, sanggup menampal pelekat pada butang perumah mereka semata-mata untuk kelihatan seperti iPhone 5S.

iPhone 5C mempunyai spesifikasi yang hampir serupa dengan iPhone 5 tetapi badannya diperbuat daripada plastik polikarbonat untuk memberikan telefon ini pilihan warna yang pelbagai.

Comments

Apa komen anda?