Selamat Hari Lahir Ke-10 iPhone!

iPhone 5

Share Button

170109-iphone-5

Lagi membawakan revolusi, iPhone 5 memadamkan falsafah paparan bersaiz 3.5 sebagai piawaian telefon pintar yang diterapkan Steve Job. Ia hadir dengan paparan 4 inci pada September 2012 dan menjadi iPhone pertama yang dibangunkan dengan Tim Cook selaku peneraju. Oh, telefon ini juga adalah yang pertama menggunakan materi besi!

Selain nisbah paparan yang telah diubah kepada 16:9, iPhone 5 juga menyokong LTE dan padanya diperkenalkan satu port penyambung baru yang dipanggil Lightning untuk menggantikan port 30-pin yang digunakan sebelum ini. Sejurus dilancarkan, Apple menerima dua juta tempahan dalam masa 24 jam, menjadikan iPhone ini 20 kali ganda laris berbanding sebelumnya. Ia dijual dalam varian 16 GB, 32GB, dan 64 GB.

Comments

Apa komen anda?