Selamat Hari Lahir Ke-10 iPhone!

iPhone 4

Share Button

170109-iphone-4

IPhone 4 adalah telefon yang membawa revolusi baru. Bukan saja ia memecahkan tradisi rupa bentuknya yang terpelihara daripada iPhone asal, ia juga adalah telefon ternipis di dunia pada waktu itu. Teknologi paparan retina juga diperkenal pada iPhone 4. Ia memberikan kepadatan piksel pada telefon itu mencapai sehingga 326 titik per inci. Pada saiz paparan yang sama, ia mempunyai dua kali ganda lebih banyak piksel berbanding iPhone 3GS

Cip pemproses yang digunakan pada iPhone 4 nyata lebih pantas berbanding sebelumnya sehinggakan ia mampu ber-multitasking. Satu fakta menarik tentang iPhone 4 adalah, maklumat telefon ini telah terbocor awal kerana seorang jurutera pembangun Apple telah keciciran prototaip telefon ini.

Comments

Apa komen anda?