Selamat Hari Lahir Ke-10 iPhone!

iPhone 7 / iPhone 7 Plus

Share Button

170109-iphone-7-7-plus

iPhone paling berani setakat ini telah membuang port audio 3.5mm daripada telefon ini serta memperkenalkan AirPod, set kepala Bluetooth untuk mendengar muzik. Ia menerima reaksi bercampur baur daripada pengguna seluruh dunia. Pada model 7 Plus, dua kamera disediakan yang memberikan jarak fokal berlainan. Ia juga menggunakan cip pemproses empat teras dengan pemproses sokongan yang ditambah baik.

Iphone 7 adalah iPhone pertama yang menerima penarafan IP pada tahap 67. Ia boleh menyelam sedalam 1 meter selama 30 minit dan juga kalis debu. Pada cip pemprosesnya pula, Apple menggunakan cip pemproses empat teras dalam konfigurasi big.LITTLE, yang pertama dalam sejarah iPhone.

Comments

Apa komen anda?