Samsung Siap Sedia Sertai Gelanggang Telefon Dwikamera

Share Button

2017 dimulakan dengan pengumuman telefon Honor 6X, sebuah telefon dwikamera. Tahun 2015 juga menyaksikan beberapa pengeluar sudah mula berjinak-jinak dengan konfigurasi dwikamera termasuklah Apple. Samsung nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam trend ini apabila satu dokumen daripada Korea menunjukkan pemohonan paten untuk satu inovasi kamera dwilensa.

Daripada dokumen berbahasa Korea yang penuh dengan gambar rajah itu, implementasi dwikamera pada Samsung adalah sedikit berbeza daripada yang lain. Ia bukanlah digunakan untuk menghasilkan gambar yang cantik seperti yang ada pada Huawei P9 ataupun menghasilkan bokeh sehingga F0.95 seperti yang ada pada Honor 6X. Samsung mungkin akan merevolusikan konsep gandingan dua kamera berlainan jarak fokal seperti yang digunakan Apple sekarang.

Pada iPhone 7, terdapat dua kamera masing-masing dengan jarak fokal 28mm dan 56mm. Ia hanya digunakan untuk mengezum. Samsung pula ingin menggunakan kamera yang lebih luas medan penglihatannya untuk menjejak subjek, dan kamera yang lebih jauh zumnya ditugaskan untuk mengambil gambar.


170104-gambarajah-paten-samsung

Belum diketahui lagi idea ini akan diterjemahkan kedalam telefon yang mana. Tetapi ia mungkin digunakan untuk mengembalikan keyakinan pengguna terhadap Samsung selepas krisis Galaxy Note7 yang melanda konglomerat itu tahun lepas.

[Sumber: KIPRISGSM Arena]

 

Apa komen anda?