Samsung Malaysia perkenal Galaxy Note5 dengan storan berganda

Share Button

Rupanya Samsung Malaysia bukan sahaja membawa masuk Galaxy S7 edge dengan storan lebih besar, tetapi turut serta membawakan Galaxy Note5 yang baru, dengan storan 64GB. Sebelum ini, Galxay Note5 di Malaysia hanya dijual dengan storan 32GB sahaja.

Bermula hari ini, Galaxy Note5 dengan storan 64GB boleh mula dibeli di Malaysia. Ia ditawarkan dalam 3 warna seperti model 32GB, iaitu Silver Titanium, Gold Platinum dan Black Sapphire. Harganya pula RM2,399, berbanding model 32GB berharga RM2,199.

Galaxy Note5 tiba pertama kali di Malaysia pada Spetember 2015. Ia memiliki skrin 5.7-inci QuadHD dengan paparan Super AMOLED. Pemprosesnya menggunakan Exynos 7420 8-teras bergandingan dengan 4GB RAM. Ia tidak memiliki slot kad mikroSD, jadi saiz storan yang lebih besar sememangnya lebih baik.

Kamera Galaxy Note5 diwarisi dari Galaxy S6. Ia menggunakan sensor 16MP f/1.9 dengan OIS di belakang, dan sensor 5MP f/1.9 di hadapan. Baterinya pula sebesar 3,000mAH dan menyokong pengecasan pantas serta pengecasan wayarles.

Samsung Galaxy Note5 Perak Silver belakang depan

Sudah pasti, S-Pen merupakan tarikan utama pada siri Note. Jika anda tidak memerlukan S-Pen, Galaxy S7 edge dengan storan 128GB adalah pilihan yang agak menarik, walaupun harganya lebih mahal pada RM3,399.

Apa komen anda?