Samsung Galaxy A5 (2017) Telefon Samsung Pay Termurah Dalam Pasaran

Share Button

Samsung mulakan kempen 2017 di Malaysia mereka dengan pelancaran dua buah telefon Samsung Galaxy masing-masing Samsung Galaxy A7 (2017) dan Samsung Galaxy A5 (2017). Ia adalah telefon bukan flagship pertama Samsung yang kalis air dan debu pada tahap IP68.

Jika diamati helaian spesifikasi, dua saudara ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama kecuali pada saiz paparannya. Samsung Galaxy A7 (2019) menampilkan paparan Super AMOLED beresolusi HD penuh bersaiz 5.7 inci. Samsung Galaxy A7 menggunakan panel paparan yang lebih kecil iaitu 5.2 inci daripada jenis Super AMOLED dengan resolusi HD penuh.

Galaxy A7 (2017) yang lebih besar mempunyai bateri yang 3,600 mAh manakala Galaxy A (2017) menggunakan bateri sedikit kecil, pada 3,000 mAh. Kedua-dua mereka boleh dicas pantas.

Selain paparan dan kapasiti bateri, mereka berdua berkongsi komponen-komponen lain. Masing-masing menggunakan cip pemproses kuadteras 1.9 GHz dengan RAM 3 GB serta storan dalaman 32GB.

Pada kamera, mereka menerima sensor kamera belakang dan depan sebesar 16MP dengan apertur 1.9. Pengguna juga akan menikmati kemudahan NFC untuk menggunakan kemudahan Samsung Pay.

Telefon siri Samsung Galaxy A (2017) dijual masing-masing pada RM 1,899 dan RM 1,699. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menempah telefon masing-masing bermula 6 Januari hingga 15 Januari. Tempahan boleh dilakukan melalui pengedar sah yang berdekatan.

Anda juga akan menerima set kepala Samsung Level U Pro percuma yang bernilai RM 399 jika anda buat tempahan dalam tempoh tersebut. Tempahan akan mula diedar pada 25 Januari ini.

samsung-galaxy-a-2017-siap-sedia-untuk-tempah

170105-perbezaan-galaxy-a5-a7-2017

Trackbacks

  1. […] melancarkan Galaxy siri-A (2017) di Malaysia awal tahun ini, Samsung Malaysia mungkin akan memperkenalkan satu telefon pintar […]

Apa komen anda?