Redmi 4A telefon Xiaomi paling murah di Malaysia

Share Button

Seperti yang dijanjikan, Lazada Malaysia hari ini mengumumkan penjualan model terbaru telefon pintar Xiaomi, iaitu Redmi 4A. Ia akan dijual secara eksklusif melalui stor rasmi Mi Malaysia di Lazada.

Redmi 4A dijual pada harga RM449 di Malaysia, bersama jaminan selama setahun dari Mi Malaysia. Ia ditawarkan dalan dua warna pilihan, Emas dan Emas Ros atau merah jambu.

Redmi 4A dijual eksklusif di Lazada - emas dan emas ros

Dari segi spesifikasi, Redmi 4A dilihat seperti model yang diturun taraf dari Redmi 3S. Tetapi harga jualan Redmi 3S juga lebih mahal, iaitu RM599 dengan RAM & storan yang sama seperti Redmi 4A.

Redmi 4A di Malaysia dilengkapi pemproses Snapdragon 425, 2GB RAM dan 16GB storan. Ia memiliki dua slot kad sim 4G, dan slot kedua kad SIM ini berkongsi tempat dengan kad memori mikroSD.

Redmi 4A teka nama Lazada - merah jambu belakang depan

Badan Redmi 4A diperbuat dari besi sepenuhnya. Untuk kaca depan pula, ia menggunakan kaca 2.5D yang sedikit melengkung di sisi. Skrinnya berukurang 5-inci dengan resolusi HD 1280×720.

Xiaomi melengkapkan kamera 13MP f/2.2 di belakang, manakala kamera 5MP f/2.2 di depan. Bekalan kuasa pula diterima dari bateri berkapasiti 3,120mAh. Ia akan menjalankan sistem operasi MIUI 8 yang terbaru.

Untuk perbandingan, Redmi 3S yang berharga RM599 memiliki pemproses Snapdragon 430, 2GB RAM & 16GB storan dalaman, serta bateri 4,100mAh. Seperkara lagi, Redmi 3S memiliki pengimbas capjari di belakang, sesuatu yang tidak dimiliki Redmi 4A.

Redmi 4A teka nama Lazada - merah jambu emas belakang

Jika anda tidak memerlukan pengimbas capjari pada telefon pintar, Redmi 4A adalah pilihan yang baik. Apatah lagi, harganya juga sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Mi Malaysia juga dilihat memotong RM100 untuk harga telefon pintar Mi Max yang memiliki skrin 6.44-inci, menjadi hanya RM899. Lawati segera stor rasmi Mi Malaysia di Lazada untuk mula memiliki telefon pintar terbaru Xiaomi ini.

Comments

Trackbacks

  1. […] tahun ini, Redmi 4A tiba di Malaysia menjadi telefon pintar Xiaomi paling murah boleh dibeli. Ia berharga RM449 dengan perkakas 2GB RAM […]

Apa komen anda?