Qualcomm Bocorkan Rahsia ASUS Zenfone AR

Share Button

Asus dijangka akan mengumumkan dua telefon di temasya CES 2017 yang berlangsung pada 5 hingga 8 Januari ini. Tetapi belum pun sempat tiba ke hari pembukaan, maklumat tentangnya sudah pun terbocor. Kali ini, dalam satu utusan blog Qualcomm.

 

ZenFone AR akan menjadi telefon yang menyokong Google Tango yang kedua dalam pasaran selepas Lenovo Phab 2 Pro yang dilancarkan tak lama dulu. Walau bagaimanapun, pendatang baru ini mempunyai spesifikasi flagship berbanding Phab 2 Pro yang mempunyai spesifikasi kelas petengahan.

Cip Snapdragon 821 akan menguasakan ZenFone AR bukan saja akan menyokong Project Tango, ia juga akan menjalankan Google Daydream. Apps yang akan menikmati fungsi VR Daydream adalah seperti Street View, YouTube, etflix, HBO, Hulu. Beberapa judul games juga akan menyokong Daydream seperti Fantastic Beasts and Where to Find Them, Need for Speed, Gunjack 2, dan Lego BrickHeadz.

Walaupun utusan blog yang mengandungi perincian Asus ZenFone AR telah pun diturunkan oleh Qualcomm, terdapat pengguna yang sempat menyimpan salinan artikel itu untuk dikongsikan dengan khalayak.

Projek Tango adalah satu projek pembangunan Augmented Realiti (AR) yang dibangunkan oleh pihak Google sendiri sejak 2014. Ia menukarkan sebuah telefon sebagai sebuah pengimbas yang boleh menyimpan data dalam bentuk 3D berbanding pengimbas biasa yang hanya mengimbas dalam 2D.

Data 3D boleh digunakan untuk menjana satu dunia digital dan seterusnya digunakan dalam penghasilan games, apps, dan sebagainya.

 

[Sumber: Android Police]

Apa komen anda?