Oppo R9s Lebih Murah Di Malaysia Berbanding Pasaran Lain

Share Button

Telefon yang dikhabarkan menjadi teman harian superstar Lee Min Ho kini dilancarkan di Malaysia. Oppo R9s adalah telefon pertama daripada Oppo yang meggunakan Android 6.0 Marshmallow. Seperti biasa, telefon kali ini nampaknya mempunyai kamera depan dan belakang yang bertenaga kerana kedua-dua kameranya memiliki sensor 16 MP. Lebih menarik, kamera belakangnya mempunya fungsi autofokus dual piksel yang pantas.

170103-oppo-r9s-belakang

Rekaannya tidak banyak beza dengan telefon F1s dan F1 Plus yang dilancarkan tahun lepas. Maka, ia membolehkan jurutera rekaan menumpukan pada penambah baikkan daripada mengerah tenaga untuk membuat rekaan baru. Hasilnya, mereka menerapkan satu inovasi baru pada badan Oppo R9s.

Enam garis antena masing-masing tiga di atas dan tiga dimaklumkan boleh meningkatkan penerimaan isyarat 4G LTE dan Wi-Fi tanpa mengira bagaimana telefon itu dipegang.

170103-oppo-r9s-pegang-depan

Sebaik menggunakannya, anda akan disapa sistem operasi ColorOS versi 3 yang dibangunkan daripada kerangka Android Marshmallow. Cip Snapdragon 625 memacu telefon ini bersama-sama RAM sebsar 4 GB dan ruang storan sebesar 64 GB disediakan.

Pada bahagian panel paparan, Oppo menggunakan skrin AMOLED sebesar 5.5 inci. Ia memiliki resolusi HD penuh dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Digandingkan dengan pemproses cekap tenaga, bateri 3,010 mAh yang beasr ini boleh memberikan masa penggunaan yang panjang. Jika masih tak cukup, Oppo turut menyertakan teknologi VOOC yang memang gah dengan keupayaannya menyuntik tenaga masuk dalam bateri dengan pantas.

170105-oppo-r9s-launch-harga

Telefon ini dijual pada harga RM 1,798, lebih murah daripada jiran kita Singapura yang berharga SGD 679 (RM 2,123)! Pengguna boleh mula membuat tempahan bermula 5 Januari hingga 13 Januari. Telefon ini akan mula dijual pada 14 Januari di jerayawara yang berlangsung di Plaza Lowyat dan VivaCity Megamall Sarawak.

Kelak, rakan telco Maxis dan Celcom akan mula menjual telefon ini bergandingan dengan pelan masing-masing.

Singgahlah ke laman Oppo Malaysia untuk menempah.

Apa komen anda?