Nokia Atur Satu Pengumuman Khas 26 Februari Ini

Share Button

HMD Global, syarikat yang memegang hak pengeluaran telefon Nokia sudah pun mengumumkan sebuah peranti Nokia 6. Walau bagaimanapun, telefon Android pertama Nokia itu dimaklumkan hanya akan dipasarkan di China. Maka, ramailah pengguna seluruh dunia yang mengeluh akan pengumuman ini. Tetapi, melalui laman Facebook, Nokia mengumumkan akan melakukan satu lagi pengumuman pada 26 Februari ini.

Nokia 6 dilancarkan beberapa hari lalu hanya untuk pasaran China. Daripada segi helaian spesifikasi, ia berada dalam kelas bawahan kerana menggunakan cip pemproses Snapdragon 430. Walau bagaimanapun, ia mengunakan Android 7.0 Nougat dan mempunyai paparan HD penuh sebesar 5.5 inci dan 4GB RAM.

Pada 27 Februari ini, acara MWC 2017 akan berlangsung di Barcelona. Sudah tentu ramai pengeluar telefon yang membuka reruai mempamerkan produk mereka di sana. 26 Februari adalah sehari sebelum MWC 2017, mungkin Nokia akan mengumumkan sesuatu di Barcelona. Sama-samalah kita nantikannya.

170112-nokia 6 model

Trackbacks

  1. […] ini, Nokia, Huawei dan LG sudahpun mengesahkan kepada umum mereka akan mengadakan satu sidang media semasa […]

Apa komen anda?