Nokia 6 telefon Android pertama HMD Global

Share Button

Akhirnya menjadi realiti, tetapi untuk China dahulu. HMD Global, syarikat yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula jenama telefon pintar Nokia, mengumumkan Nokia 6, telefon pintar berasaskan Android pertama keluaran mereka.

Bagaimanapun, pengumuman ini juga menyatakan ia hanya untuk China terlebih dahulu. Ia dijangka akan mula berada di pasaran China awal tahun ini, dan menuju ke pasaran seluruh dunia menjelang pertengahan tahun.

nokia-real-001-gsmarena

Peminat boleh menjangka reka bina berkualiti pada Nokia 6. Ia menggunakan badan besi sepenuhnya dari sebuah blok aluminium siri 6000. Skrinnya sebesar 5.5-inci, dengan resolusi HD Penuh diselaputi kaca Gorilla Glass 2.5D.

Kuasa Nokia 6 diperoleh dari pemproses Qualcomm Snapdragon 430, sebuah pemproses kelas permulaan. Tetapi ia digandingkan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman, spesifikasi yang besar berbanding pemprosesnya.

Kehebatan Nokia 6 ditambah lagi dengan sistem bunyi Dolby Atmos dan dua amplifier terbina di dalam, menghasilkan audio yang bukan sahaja lebih kuat, malah berkualiti. Tangkapan gambarnya diuruskan oleh kamera 16MP f/2.0 di belakang, bersama kamera 8MP di depan.

Telefon pintar Nokia 6 ini akan dijual di China secara eksklusif oleh JD.com, laman e-dagang terkenal di China dengan tanda harga RMB1,699 (~RM1,097).

Belum ada gambar rasmi dikeluarkan oleh HMD Global, tetapi GSMarena berkongsi koleksi gambar yang diperoleh dari weibo, dengan nombor model TA-1000 dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

[SUMBER: HMD Global, GSMarena]

nokia-6-001-gsmarena nokia-6-002-gsmarena nokia-6-003-gsmarena nokia-6-004-gsmarena nokia-6-005-gsmarena nokia-6-006-gsmarena nokia-6-007-gsmarena nokia-6-008-gsmarena

Apa komen anda?