Moto M lebih mampu dimiliki rakyat Malaysia

Share Button

Lenovo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Moto M, telefon pintar kelas pertengahan dari jenama Moto. Walaupun baru, ianya tidak menyokong Moto Mods seperti di Moto Z.

Moto M memiliki badan besi sepenuhnya dengan skrin sebesar 5.5 inci HD Penuh. Kuasanya dijalankan pemproses MediaTek Helio P15 8-teras, bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Moto M diselaputi lapisan Nano-coating, memberinya perlindungan dari percikan sahaja, tidak boleh direndam di dalam air.

moto-m-tiba-di-malaysia-emas-depan-hitam-perak-belakang

Untuk kamera, ia dilengkapi sensor 16MP f/2.0 di belakang, bersama autofokus PDAF dan dwi-tona LED Flash. Swafoto pula diuruskan melalui kamera 8MP di depan. Terdapat pengimbas capjari terletak di belakang telefon.

Moto M turut dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos, yang mengeluarkan bunyi melalui pembesar suara di bawah telefon. Kapasiti baterinya sebesar 3,050mAh, dibekalkan bersama pengecas 10W USB-C. Sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow menjadi teras utamanya.

Di Malaysia, Moto M dijual pada harga RM1,199 bermula hari ini, dari pengedar di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Moto Malaysia.

moto-m-tiba-di-malaysia-tiga-warna

Apa komen anda?