Lineage OS Buka Kedai Lepas CyanogenMod Dihentikan

Share Button

Selepas pengumuman CyanogenMod dihentikan pembangunannya minggu lepas, semua sistem operasi CyanogenMod yang dibangunkan pembangun bebas telah dijenamakan semula kepada Lineage OS. Ia juga telah menerima logo dan laman web baru untuk memaklumkan tentang perkembangan terkini sistem operasi itu.

Pengguna yang sedang menjalankan CyanogenMod versi 13 dan 14.1 tidak lama lagi akan dipindahkan ke Lineage OS sekiranya terdapat kemas kini baru terhadap custom rom yang sedang mereka gunakan sekarang.

logo

Logo rasmi Lineage OS seperti satu molekul air

CyanogenMod adalah satu custom ROM Android yang paling digemari kerana ia tidak jauh bezanya dengan Android yang asal. Mereka bermula sebagai sistem operasi bersumber terbuka sebelum Cyanogen Inc. ditubuhkan untuk menjana keuntungan daripada custom ROM itu. Tetapi hari demi hari, mereka menghadapi masalah kewangan.

Ada satu masa, 20% kakitangan mereka dipecat sebelum syarikat itu mengambil keputusan menghentikan semua pembangunan CyanogenMod.

Untuk pengguna Android yang tidak biasa, Lineage OS sejenis custom rom. Ia adalah satu sistem operasi Android yang dibangunkan secara terbuka. Projek kendalian pemngasas CyanogenMod sendiri itu berobjektifkan menyambung falsafah asal CyanogenMod iaitu sebuah sistem operasi percuma dan bebas dibangunkan oleh sesiapa sahaja seperti yang diamalkan oleh projek Android sendiri.

Laman web rasmi Lineage OS – sini.

Apa komen anda?