Lima bidang kerja baru jadi rebutan menjelang 2030

Share Button

Autodesk merupakan salah satu gergasi perisian di dunia, di mana aplikasi mereka digunakan untuk kerja rekaan, grafik, digital dan sebagainya. Perisian Autodesk tidak terhad kepada pengguna perniagaan sahaja, malah mereka mempunyai banyak aplikasi pengguna yang boleh dimuat turun percuma untuk kegunaan di telefon pintar.

Seperti kebanyakan syarikat pengeluar perisian lain, Autodesk yang memiliki banyak jenis perisian telah mengubal model jualan mereka kepada konsep langganan. Pengguna kini boleh menggunakan produk keluaran Autodesk mengikut pakej yang dilanggan, dengan kos permulaan yang lebih rendah mengikut kesesuaian mereka.

Dengan akses kepada perisian profesional Autodesk kepada lebih ramai pengguna, Autodesk menjangkakan ia akan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan di masa akan datang. Terutama sekali dalam bidang rekaan dan kejuruteraan.

Lima jenis pekerjaan di bawah ini, dijangka bakal menjadi perhatian majikan menjelang tahun 2030.

1. Kurator Pengalaman AR/VR – Walaupun kebanyakan aplikasi AR/VR dicipta untuk permainan dan hiburan, ia akan berkembang untuk kegunaan lebih serius seperti kejuruteraan, pembangunan, termasuk di sekolah. Ini memerlukan kawalan pakar AR/VR untuk memastikan ia berfungsi seperti yang diingini.

2. Pelatih Robot – Semakin banyak robot bertugas di samping manusia, tetapi ia masih memerlukan pakar untuk menetapkan tugasan yang perlu dilakukan robot.

3. Penyepadu Sistem Sensor – Sensor banyak digunakan di dalam produk moden dan ia perlu berhubung antara satu sama lain dengan tepat. Penting untuk mendapatkan pakar yang boleh menghubungkan semua sensor ini menjadi peralatan IoT yang berguna.

4. Pereka Generatif – Peralatan rekaan digital menjadi semakin canggih tetapi ia masih tidak dapat menggantikan manusia. Peralatan ini akan menjadi pembantu kepada pereka yang tidak lagi perlu menghasilkannya dari awal, sebaliknya boleh meneliti dan memperbaiki hasil rekaan peralatan digital.

5. Pakar Pencetak 3D – Pencetak 3D semakin meluas kegunaannya. Dengan perkembangannya sehingga ke bidang aeroangkasa, ia memerlukan tugasan pakar dan bakal menjadi kategori pekerjaan paling dicari majikan.

autodesk-tokyo-design-week-2016-pameran-dalam-kereta-konsep-mercedes

Apa komen anda?