LG Lupakan Konsep Modular Untuk Kalis Air

Share Button

Mobile World Congress 2017 (MWC 2017) akan berlangsung bada bulan hadapan. Sudah tentu pengeluar telefon berlumba-lumba untuk mengumumkan yang terbaru dan terbaik daripada jabatan pembangunan produk mereka. LG juga tak ketinggalan. Memandangkan sambutan LG G5 yang agak hambar, mereka perlu menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memperkenalkan pewaris LG G5, LG G6.

170112-LG G6 waterproof idea

Melalui video YouTube yang diutuskan di saluran LG, mereka menghasilkan sebuah situasi temuramah yang bertanyakan orang ramai tentang ciri-ciri telefon idaman mereka. Hasilnya, LG dapat menyaring ciri-ciri seperti skrin besar dan badan kecil. Lebih menarik, kalis air juga termasuk dalam ciri-ciri telefon idaman.

Jika ia benar, LG G6 akan menjadi telefon pertama keluaran LG yang boleh menyelam! Selain itu, LG G6 juga dikhabarkan akan mempunyai paparan tak konvesional. Pada 18:9, paparan pada telefon LG G6 akan menjadi sebesar 5.7 inci pada resolusi 1440p.

Panel paparan berteknologi baru yang diguna pakai LG kelak akan menambah baik darjah penglihatan sehingga 10% tetapi 30% lebih cekap tenaga berbanding panel paparan QHD konvesional.

Untuk mengekalkan ciri kekalisan air, LG mungkin akan meninggalkan konsep modular yang mereka terapkan pada LG G5.

[Sumber: SoyaCincau]

Apa komen anda?