Klipsch R6 Neckband tahan lama dan lebih selesa

Share Button

Klipsch merupakan satu jenama pengeluar produk audio premium yang tidak asing di Malaysia. Pengedarnya TC Acoustic, baru-baru ini mengumumkan ketibaan fon kepala dengan neckband pertama mereka, Klipsch R6 Neckband.

Bagi sesetengah pengguna, neckband memberi lebih keselesaan kerana kurang wayar yang perlu dililit di leher. Kerana itu, Klipsch mencipta neckband pertama mereka menggunakan kulit asli bagi memastikan keselesaan pengguna.

klipsch-r6-neckband-003

Klipsch R6 Neckband direka tahan lasak dan diiktiraf kalis percikan IPx4. Ia merupakan set kepala wayarles dengan bateri yang besar, berupaya memainkan lagu atau membuat panggilan sehingga 18 jam. Mikrofon cVc yang dibina padanya memastikan percakapan yang jelas di samping mengurangkan bunyi bising persekitaran.

Neckband ini juga memiliki fungsi getaran, terutama sekali untuk memberitahu terdapat panggilan diterima. Butang kawalan direka menonjol, agar ia boleh ditekan tanpa perlu dilihat. Ini membantu kawalan bunyi dan perubahan lagu dengan mudah.

klipsch-r6-neckband-001

Sambungan wayarles Klipsch R6 Neckband dibuat menggunakan Bluetooth, dan ia menyokong standard aptX dan AAC bagi penghasilan kualiti bunyi yang terbaik. Pengguna boleh meyakini kualiti bunyi yang dihasilkan kerana ia menggunakan sistem akustik dari keluarga Klipsch R6.

Tip silikon set kepala ini menggunakan rekabentuk telinga yang dipaten, memastikan ia mengekalkan kedudukan di dalam telinga, mengurangkan keletihan dan memastikan tiada bunyi luar kedengaran. Pengguna boleh mengubahsuai tip ini mengikut saiz kesesuaian telinga.

Klipsch R6 Neckband serasi digunakan bersama pelbagai peranti Android dan Apple, samada untuk kawalan muzik ataupun panggilan telefon. Ia dijual di Malaysia dengan harga RM945 dan datang dalam warna hitam dan coklat. Lebih info boleh didapati di laman produk Klispch R6 Neckband.

klipsch-r6-neckband-002 klipsch-r6-neckband-004

Apa komen anda?