Jadi pakar peranti dengan Penyelesaian Layan-Diri Celcom

Share Button

Kalau anda mempunyai masalah dengan telefon pintar, melawat laman web Celcom mungkin dapat membantu kerana Celcom baru sahaja memperkenalkan penyelesaian layan-diri berasaskan web. Orang ramai boleh cuba menyelesaikan pelbagai isu dan masalah telefon pintar yang biasa, menerusi laman web ini.

Ia boleh diakses dari mana sahaja melalui pelayar web, menerusi pautan di sini. Malah, a tidak terhad kepada pelanggan Celcom sahaja, kerana ia adalah terbuka untuk semua.

celcom-self-service-troubleshootin-be-your-own-expert

Laman web yang banyak membantu ini menyenaraikan banyak model peranti pintar, bersama panduan secara bergambar dan senarai soal jawab untuk penyelesaian masalah. Contohnya, cara membuat tetapan, menyambung ke telefon pintar, berhubung dengan jam pintar serta pelbagai isu sistem operasi.

Timbalan CEO Operasi Perniagaan Celcom Axiata, Azwan Khan Osman Khan menyatakan, laman web penyelesaian masalah ini merupakan satu komitmen Celcom untuk memberikan pelanggan pengalaman terbaik. Sesiapa sahaja boleh menjadi pakar penyelesaian melalui laman web ini. Tidak perlu lagi bersusah payah mendail khidmat pelanggan untuk mendapatkan jawapan penyelesaian.

Sekarang, anda sendiri boleh menyelesaikan masalah telefon pintar anda. Layari laman web Celcom Self-Care Solution untuk mula menjadi pakar penyelesaian masalah peranti.

celcom-self-service-troubleshootin-buka-pelayar-di-laptop

Apa komen anda?