Hugo Barra – dari China ke Amerika Syarikat

Share Button

Terkejut besar dunia teknologi seluruh dunia apabila Hugo Barra, Naib Presiden Xiaomi mengumumkan perletakan jawatannya di syarikat gergasi China itu. Ia dinyatakan dalam satu status di Facebooknya, yang disertakan pelbagai gambar kenangannya bersama Xiaomi.

Hugo tidak pula mengatakan ke manakah hala tujunya secara tepat. Beliau memberitahu rasa rindu pada keluarga di Lembah Silikon Amerika Syarikat, ditambah hidup berseorangan di China memberi kesan kepada kesihatannya. Xiaomi juga telah berkembang ke lebih 20 negara di luar China, menjadikan ia masa terbaik untuk beliau berhijrah kembali ke Amerika Syarikat.

Hugo Barra bersama Presiden Xiaomi Lin BinHugo Barra (kanan) bersama Presiden Xiaomi, Lin Bin (kiri)

Hari ini, Hugo memuat naik satu status terbaru di Facebook. Dalam status tersebut, Hugo mengumumkan akan menyertai Facebook, bukan membuka akaun baru di Facebook, sebagai Naib Presiden Realiti Maya (Virtual Reality – VR) di Facebook. Beliau juga akan menerajui pasukan Oculus, untuk menghasilkan produk berkaitan VR.

Perkara ini turut dikongsi pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg di Facebook beliau. Menurut Mark, beliau mengenali Hugo sejak Hugo berada di Android lagi, sebelum berhijrah ke Xiaomi. Dengan penyertaan Hugo, Mark berharap lebih banyak perkara baru dan kreatif dapat ditonjolkan.

I’m excited that Hugo Barra is joining Facebook to lead all of our virtual reality efforts, including our Oculus team….

Posted by Mark Zuckerberg on Wednesday, January 25, 2017

 

I’m excited to share my next adventure as I return to Silicon Valley—in a couple of months I’ll be joining Facebook as…

Posted by Hugo Barra on Wednesday, January 25, 2017

Comments

Trackbacks

  1. […] mungkin ada kaitan dengan pemergian Hugo Barra ataupun tindakan Samsung memborong semua cip pemproses Snapdragon […]

Apa komen anda?