Huawei mahu ganti Samsung di Barcelona?

Share Button

Huawei baru sahaja melancarkan phablet Mate 9 sekitar hujung tahun lepas, membawakan kamera yang diiktiraf Leica generasi ke-2. Kini, muncul pula khabar tentang telefon baru Huawei akan diperkenalkan tidak lama lagi, sekitar hujung bulan Februari semasa pameran MWC 2017.

Telefon pintar utama dari Huawei adalah dari siri-P, di mana Huawei P9 dilancarkan pada April 2016. Mungkin mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Samsung Galaxy siri-S, Huawei dikatakan akan melancarkan Huawei P10 seawal Februari 2017, semasa pameran MWC 2017 di Barcelona.

Beberapa media telah menerima jemputan dari Huawei, ke majlis yang akan diadakan pada 26 Februari 2017 di Barcelona, sehari sebelum pameran MWC 2017 membuka tirainya. Jemputan tersebut tidak menjelaskan apakah acaranya, tetapi ia dijangka melancarkan telefon pintar kelas utama, mungkin Huawei P10.

Khabar angin Huawei P10 - pocketnow

Laman PocketNow mempamerkan gambar yang dikatakan prototaip Huawei P10. Ia kelihatan hampir serupa dengan Huawei P9, tetapi pengimbas capjari dibawa ke depan. Ia juga mengekalkan teknologi dwi-kamera yang diiktiraf Leica, mungkin sama seperti di Mate 9 dengan lensa monokrom 20MP + lensa warna 12MP.

Lain-lain khabar menyatakan ia akan dikuasakan pemproses Huawei Kirin lebih baharu dari Mate 9, dengan skrin 5.5-inci Quad HD yang dikatakan akan menyokong Google Daydream VR. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut Huawei bulan depan.

[SUMBER: SoyaCincau, PocketNow]

Trackbacks

  1. […] ini, Nokia, Huawei dan LG sudahpun mengesahkan kepada umum mereka akan mengadakan satu sidang media semasa MWC tahun […]

Apa komen anda?