Fattah Amin guna Oppo R9s, apa agaknya gambar pertama yang beliau rakam?

Share Button

Semalam, Oppo melakukan kejutan dengan menampilkan popular, Fattah Amin sebagai duta bagi model telefon terbaru, Oppo R9s.

Sebelum ini, Oppo sudah pun memiliki dua selebriti, Nora Danish dan Ayda Jebat sebagai duta produk mereka.

Pelantikan Fattah menepati tahap populariti Suri Hati Mr Pilot dan Oppo mengambil langkah tepat melantik beliau sebagai duta lelaki bagi Oppo R9s.

TheSkop sempat menemubual pelakon kacak ini beliau ternyata gembira bercerita tentang telefon baru Oppo R9s.

“Sudah lebih sebulan saya memakai Oppo R9s dan saya suka. Malah ketika mengembara ke London baru-baru ini pun saya membawanya bersama.

Apabila ditanya apakah gambar pertama yang dirakam dengan Oppo R9s ini, Fattah berkata,”Saya ambil gambar cupcake. Hahah…Ya, kali pertama saya ambil gambar ialah gambar cupcake dan saya terkejut juga gambar tersebut terakam dengan cantik.”

fattah-amin-oppo-r9s-2

 

fattah-amin-oppo-r9s-4

 

Kebanyakan selebriti sudah pun mempunyai telefon yang diendors dan Fattah menjadi selebriti terbaru selepas Siti Nurhaliza dengan Vivo baru-baru ini.

“Saya teruja. Saya sudahpun melengkapkan video iklan bagi telefon ini dan tak sabar melihat hasilnya di televisyen nanti.”

“Kita bukan sebarangan untuk endors produk tapi jika produk tersebut bagus, baru kita menerimanya.”

Fattah menggemari ciri kamera yang ada pada kamera depan telefon Oppo R9s.

“Semua orang suka berswafoto tetapi tak semua gajet sesuai untuk berbuat demikian. Dengan R9s lah yang membolehkan saya merakam dengan baik.”

“Kamera Oppo R9s dikuasakan dengan kamera belakang 16 megapiksel tapi bukan itu saja. Dengan f/1.7 dan teknologi fokus dwi-PDAF, ia memang pakar.”

“Selain itu, saya sangat suka ciri kamera profesional dalam fungsi aplikasi kamera apabila dapat bermain dengan cara mengaburkan bahagian belakang dan hanya objek utama saja yang kelihatan sangat jelas.”

fattah-amin-oppo-r9s-3

“Tak lupa juga mod Beauty dalam ini memanglah mencantikkan kulit. Sangat sesuailah kepada wanita di luar sana.”

Oppo R9s mempunyai kuasa pemproses Qualcomm octa-core, RAM sebanyak 4GB dan storan 64GB yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 128GB.

R9s mempunyai skrin 5.5 inci dijual dengan dua warna iaitu emas dan emas ros pada harga RM1,789.

Apa komen anda?