ESL One Genting 2017 milik Digital Chaos

Share Button

Walaupun dikecewakan semasa pertandingan The International 2016 (TI6), Digital Chaos memastikan kekecewaan itu tidak berulang apabila menjadi juara pertandingan DOTA 2 ESL One Genting 2017. Mereka berjaya menumpaskan pasukan Newbee dalam satu pusingan akhir yang mendebarkan.

Pusingan akhir untuk menentukan juara ESL One Genting terikat apabila kedua-dua pasukan berjaya memenangi dua perlawanan. Bagaimanapun, Digital Chaos memperoleh kemenangan ketiga dengan agak mudah apabila berjaya menundukkan Newbee dalam masa kurang dari 30 minit.

Dengan kemenangan ini, Digital Chaos membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD125,000 (~RM559,687). Manakala Newbee di tempat kedua pula membawa pulang wang tunai USD50,000 (~RM223,875). Juara TI6, Wings Gaming bersama pasukan Virtus.Pro masing-masing menerima wang tunai USD22,500 (~RM100,743) sebagai pemenang tempat ke-3.

piala-esl-one-genting-2017-dimenangi-digital-chaos

Pertandingan Dota 2 ESL One memulakan jelajah 2017 di Genting sebagai destinasi pertamanya tahun ini. Tahun lepas, dua lokasi menjadi pilihan ESL One untuk pertandingan DOTA 2 iaitu Manila di Filipina dan juga Frankfurt di Jerman.

Semua maklumat tentang pertandingan ini boleh didapati dengan melawat laman web ESL One Genting 2017.

Apa komen anda?