Dwi-kamera selfie vivo V5 Plus akan tiba di Malaysia

Share Button

Oppo dilihat cuba mengurangkan kepentingan kamera depan apabila melancarkan OPPO R9s minggu lepas. Ia mungkin diambil alih oleh vivo tahun ini, yang akan melancarkan telefon pintar dengan dua kamera di depan, vivo V5 Plus.

Pada November lepas, vivo mengumumkan ketibaan telefon pintar vivo V5 bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang dilantik sebagai duta khas. vivo V5 menumpukan promosinya sebagai sebuah telefon pintar dengan swafoto terbaik, dan V5 Plus akan memberi hasil yang lebih baik.

pelancaran-vivo-v5-plus-di-malaysia-maklumat-lanjut

vivo Malaysia telah menghantar jemputan ke majlis pelancaran vivo V5 Plus, yang akan diadakan pada 20 Januari 2017. Malaysia dilihat sebagai negara pertama yang akan menerima telefon pintar, walaupun India terlebih dahulu mengumumkan ketibaannya pada 23 Januari 2017.

Dari poster pelancaran, V5 Plus menampilkan dwi-kamera hadapan 20MP + 8MP. Ia dijangka menggunakan sensor Sony IMX376 yang sama seperti di V5, dengan apertur f/2.0. Manakala lensa kedua 8MP bertanggungjawab untuk mengesan tahap kedalaman, memberi kesan bokeh yang lebih menarik. Fungsi ‘Softlight’ yang menjadikan skrin sebagai lampu tambahan, turut terdapat pada V5 Plus.

pelancaran-vivo-v5-plus-stephen-curry-gsmarena

Sedikit maklumat tambahan dari gsmarena menyatakan, V5 Plus akan dikuasakan pemproses Snapdragon 652, bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Kapasiti bateri pula sebesar 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas.

Setakat ini belum ada harga V5 Plus diumumkan. Untuk perbandingan, vivo V5 dilancarkan pada November lepas dengan harga jualan RM1,299. Jangkakan harga V5 Plus lebih tinggi dari ini.

Adakah Dato’ Siti Nurhaliza akan muncul semula sebagai duta V5 Plus ini? Nantikan pengumuman lanjut dari TheSkop semasa hari pelancaran kelak.

Trackbacks

  1. […] Malaysia akan melancarkan telefon pintar pakar selfie terbaru mereka, V5 Plus pada Jumaat ini. Ia menampilkan dua kamera […]

Apa komen anda?