Digi & Logitech G memantapkan ESL One Genting 2017

Share Button

ESL One Genting 2017 akan bermula hari ini, di mana 8 pasukan DOTA 2 terbaik dunia berentap untuk merebut kejuaraan dan hadiah terkumpul berjumlah USD 250,000 (~RM1.121 juta). Bagi memastikan perjalanan pertandingan yang lancar, Digi dan juga Logitech mengumumkan untuk menjadi penaja bagi pertandingan berprestij ini.

Digi sebelum ini telahpun menaja pusingan kelayakan peringkat Malaysia, di mana pasukan WarriorsGaming.Unity berjaya memenangi slot terakhir ESL One Genting 2017. Kini, Digi memberi sokongan penuh untuk acara di Arena of Stars yang bermula hari ini.

Logitech pula sebagai penaja, akan menyediakan aksesori di bawah jenama Logitech G buat pasukan dan juruhebah di ESL One Genting 2017 seperti set kepala, tetikus, papan kekunci serta lapik tetikus.

New journey. New meta. New rivalry. Get ready for the first 7.00 tournament – ESL One Genting begins in just 12h!

Posted by ESL Dota 2 on Thursday, January 5, 2017

Hari ini akan menyaksikan pusingan pertama ESL One Genting bermula pada jam 12.30 tengah hari di mana pasukan Virtus.pro menentang Fnatic, serta pasukan Newbee bertemu Team NP. Jam 2.10 petang pula akan mempertemukan Digital Chaos bersama Execration, serta pasukan Malaysia WGUnity dan Wings Gaming.

Bagi yang tidak berpeluang ke Arena of Stars Genting untuk menyaksikannya di depan mata, anda turut boleh menonton pertandingan ini secara langsung menerusi laman web rasmi ESL One Genting 2017 di sini.

Siapakah pasukan pilihan anda untuk memenangi pertandingan ini? Adakah peluang untuk pasukan Fnatic dan WGUnity menjulang nama Malaysia dalam acara ini? Sama-sama kita bersorak memberi sokongan buat mereka.

esl-one-genting-2017-8-pasukan

Apa komen anda?