Digi buka tawaran video, sosial dan panggilan Tanpa Had ‘Lite’

Share Button

Tahun Baru Cina akan disambut pada hujung bulan ini. Bersempena itu, Digi memulakan tawaran khas Tahun Baru Cina, iaitu pas tanpa had dari serendah 88sen sehari. Pengguna boleh memilih di antara video tanpa had (lite), sosial tanpa had (lite) dan panggilan internet tanpa had (video & suara).

Tawaran ini terbuka kepada pengguna prabayar Digi sahaja. Pelan 88 sen sehari ini sah dilanggan bermula dari hari ini, sehingga 28 Februari 2017.

tawaran-tanpa-had-digi-pelan-harian

Untuk pelan video, ia merangkumi platform yang terdapat di dalam Digi Video Freedom seperti YouTube, iflix, Astro on the go, HyppTV Everywhere, Viu, Dailymotion, Tonton, dimsum, Netflix dan Hero Talkies.

Selain tawaran tadi, Digi turut menyediakan pelan Internet tanpa had “Lite” serta panggilan tanpa had (Digi ke Digi), hanya RM3 sehari. Terdapat juga Internet berkelajuan tinggi tanpa had atau panggilan ke semua rangkaian tanpa had, yang dicaj RM8 sehari.

Perlu diambil perhatian, penggunaan terma “Lite” tanpa had ini merujuk kepada kelajuan yang disekat pada 512kbps sahaja. Selain itu, ia juga bukan tanpa had sepenuhnya, kerana terdapat polisi penggunaan saksama sebanyak 10GB untuk internet dan 1,000 minit untuk panggilan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Digi Prepaid Unlimited Packages.

[SUMBER: SoyaCincau]

Comments

Apa komen anda?