[CES2017] Ultra HD 8K, Ultrathin dan InifintyEdge dalam monitor Dell

Share Button

Di pameran CES 2017, Dell memperkenalkan monitor 32-inci pertama di dunia, dengan resolusi 8K. Ini merupakan paparan dengan lebih dari 1 bilion warna, 33.2 juta piksel serta kepadatan 280 piksel setiap inci (PPI).

Monitor Dell UltraSharp 32 Ultra HD 8K memiliki kandungan piksel 4x lebih banyak dari Ultra HD 4K, dan 16x lebih banyak dari HD Penuh. Ia juga menyokong gamut warna Adobe RGB dan sRGB 100%, sesuai untuk pengguna grafik yang mementingkan ketepatan warna.

dell-ces-2017-monitor-dell-32-ultrahd-8k-up3218k-sisi-depanMonitor Dell UltraSharp 32 Ultra HD 8K

Dell turut memperlihatkan beberapa model monitor baru keluarannya, dengan teknologi baru seperti fungsi HDR. Monitor yang akan dilengkapi HDR ini adalah seperti monitor siri Ultrathin Dell 27, paling nipis dalam kelasnya.

Manakala siri InifinityEdge bagi Dell 24 & Dell 27, menampilkan teknologi QuadHD bersama sambungan USB-C. Malah, ia juga dilengkapi dua pembesar suara 6W yang ditala khas oleh Waves Maxx Audio.

dell-ces-2017-monitor-dell-27-ultrathin-s2718d-sisi-depanMonitor Dell 27 Ultrathin

Kesemua monitor yang diperkenalkan di pameran CES ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Rujuk jadual ketibaan serta harganya menerusi jadual di bawah.

dell-ces-2017-senarai-model-dan-harga-monitor

Apa komen anda?