[CES2017] Project Ariana pecah rekod Razer di CES

Share Button

Razer memecahkan rekod mereka di pameran CES 2017, apabila sekali lagi memenangi anugerah produk terbaik di CES. Ini merupakan kali ketujuh berturut-turut mereka memperolehnya. Kali ini, menerusi Project Ariana dalam kategori ‘Best Gaming’.

Project Ariana dari Razer merupakan sejenis pemancar (projector) yang memancarkan permainan yang dimainkan, kepada persekitaran. Ini memberi rasa seperti di dalam permainan sendiri, tidak terhad pada paparan monitor sahaja.

Project Arina merupakan gabungan teknologi pencahayaan Razer Chroma bersama sensor lazer, pemancar video 4K dan integrasi kod permainan dengan kerjasama pengeluar tajuk permainan. Ia dipertingkatkan dengan sistem bunyi sekeliling yang diiktiraf THX.

Razer bercadang untuk menghasilkan Project Ariana kepada model yang boleh digunakan kepada orang ramai. Razer sedia menerima sebarang maklumbalas dari orang ramai menerusi Facebook dan Twitter @Razer. Jika anda ada idea nak dikongsi, luahkan kepada mereka.

razer-project-ariana-ces-2017-kelabu

Apa komen anda?