[CES2017] Harga Acer Predator 21 X jauh di luar jangkauan

Share Button

Kami pernah melaporkan laptop terhebat keluaran Acer semasa pameran IFA 2016 yang lepas, iaitu Predator 21 X. Ia boleh dikatakan laptop paling canggih sekarang, dengan skrin lengkung berukuran 21-inci, pertama seumpamanya di dunia. Harganya tidak diumumkan di pameran IFA 2016, tetapi kini ia diketahui semasa pameran CES 2017.

Acer membariskan produk terbarunya di pameran CES 2017 dan salah satu darinya adalah laptop Predator 21 X. Harga dan tarikh jualannya turut diumumkan. Ia akan dijual di Amerika Utara bermula Februari dengan harga bermula dari USD8,999 (~RM40,288). Manakala di Eropa, Timur Tengah dan Afrika pula, harga jualannya bermula dari EUR9,999 (~RM47,220).

Dah sama dengan harga kereta Proton dan Perodua.

acer-predator-21-x-ces-2017-pandangan-depan-tobii

Jadi, apa yang hebatnya Acer Predator 21 X ini? Pertama adalah skrin lengkung paling besar dan pertama kali pernah ada di laptop, 21-inci IPS dengan resolusi 2560×1080 beserta pengesan-mata Tobii. Ia juga serasi NVIDIA G-SYNC.

Paling penting adalah kuasa pemprosesannya. Ia memiliki dua kad NVIDIA GeForce GTX1080 dalam mod SLI, bersama CPU Intel Core generasi ke-7, Core i7-7820HK yang telah siap di’over-clock’ dari kilang untuk lebih prestasi. Sebanyak 64GB RAM DDR4-2400 dibekalkan bersama dan ia mampu menyokong sehingga 4 storan SSD 512GB di dalam, beserta tambahan satu cakera keras 1TB 7200RPM.

nextatacer IFA2016 - Predator 21 X depan sisi atas meja

Sambungan yang lancar tanpa lengah sangat penting semasa bermain permainan dalam talian. Kerana itu Acer menggunakan sambungan LAN dan WiFi, Killer DoubleShot Pro yang memberi keutamaan kepada trafik data yang lebih penting. Thunderbolt 3 dalam bentuk USB-C menyediakan laluan dengan kelajuan sehingga 40 Gbps.

Menambah kecanggihan laptop ini adalah penggunaan papan kekunci mekanikal yang menampilkan kekunci Cherry MX Brown, dengan lampu di belakang. Malah, kekunci nombor di kanan boleh diterbalikkan untuk menjadi Precision Touchpad.

Sistem bunyinya juga mengagumkan. Ia memiliki sistem bunyi 3-arah iaitu tweeter, midrange & woofer melalui dua pembesar suara. Getaran lebih menggegarkan dengan tambahan dua lagi subwoofer padanya.

acer-predator-21-x-ces-2017-pandangan-atas-penutup-nombor-siri

Ruang luas di atas papan kekunci memberi akses terus ke modul RAM dan cakera keras 2.5-inci apabila dibuka. Penutup besi ini didatangkan dengan rekaan naga biru padanya, atau boleh ditempah dengan pelbagai rekaan lain. Khas untuk 300 laptop pertama, ia akan memiliki nombor siri terhad padanya.

Berbaloikah kehebatan yang dipamerkan Predaotr 21 X ini dengan harganya? Jika mampu, mengapa tidak kan.

Apa komen anda?