[CES2017] GeForce GTX 1050 sedia dimuatkan ke dalam laptop senipis 17mm

Share Button

NVIDIA  sebelum ini telah memperkenalkan pemproses grafik GTX 1050 dan GTX 1050 Ti, untuk orang ramai yang tidak memerlukan kuasa tinggi bagi menggerakkan realiti maya (VR), tetapi cukup untuk menjalankan permainan kegemaran masakini seperti Overwatch, DOTA 2, League of Legend dan sebagainya. Kini, kuasa baru ini boleh didapati di dalam laptop yang mudah dibawa.

Dengan kuasa yang sama seperti komputer desktop, GTX 1050 boleh dimuatkan ke dalam laptop Ultrabook senipis 17mm. Ia juga boleh menikmati kuasa lebih lama menerusi sokongan Nvidia BatteryBoost.

Kuasa GTX 1050 di dalam laptop memboleh pengguna menikmati permainan terkini sepantas 60 fps pada resolusi 1080p, sokongan DirectX 12, sokongan NVIDIA G-SYNC untuk paparan lebih lancar, serta prestasi dan kecekapan tenaga sehingga 3x lebih baik dari GPU generasi sebelum ini. Jika mahu, pengguna juga boleh menggunakan kemahiran over-clock mereka pada GPU di dalam laptop ini.

Banyak pengeluar akan mula mempamerkan laptop buatan mereka bersama GTX 1050 terbina di dalam. Antara jenama yang menyertai adalah Acer, Alienware, ASUS, Dell, HP, Lenovo, MSI dan banyak lagi. Harga jualan laptop ini pastinya berbeza, tetapi dijangka akan bermula dari sekitar USD699 (~RM3,145).

[SUMBER: GeForce]

Apa komen anda?