[CES2017] Dwikamera Honor 6X Mampu Hasilkan Bokeh Sehingga F0.95

Share Button

Honor terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran telefon berbajet pertengahan apabila melancarkan Honor 6X di Las Vegas. Ia menyertai saudara besarnya, Honor 8, yang mempunyai kamera belakang dwilensa.

170104-honor-6x-belakang

Tetapi implemetasi kamera berkembarnya berlainan daripada Honor 8. Kamera utamanya mempunyai sensor 16MP manakala kamera sekundernya cuma 2MP. Kamera bersensor kecil itu bertindak sebagai sensor depth of field (DOF). Data DOF digunakan untuk mensimulasikan apertur sehinga F0.95 bagi menghasilkan bokeh.

Pengguna pasti akan berpuas hati dengan hayat bateri yang dimiliki telefon ini. Dibekalkan bateri berkapasiti 3,000 mAh, telefon ini boleh berkhidmat kepada pemiliknya sekurang-kurangnya sehari. Honor menyatakan ia mampu menghampiri hari ketiga dengan penggunaan ringan.

170104-honor-6x-depan

Semua itu hasil daripada penambahbaikkan yang diterima Honor 6X berbanding 5X. Ia kini menggunakan Huawei Kirin 655 yang lebih cekap tenaga. Bergantung kepada varian, telefon ini hadir dalam varian 3GB dan 4GB RAM.

Komponen lain yang pengguna boleh temui pada telefin ini adalah seperti panel paparan HD penuh sebesar 5.5 inci. Pengimbas cap jari di bahagian belakang, kamera swafoto 8MP.

170104-honor-6x-mula-jual

Menurut slaid pembentangan, telefon ini akan mula dijual di Malaysia bermula 4 Januari tetapi laman web rasmi yang menjual seperti Vmall masih belum mengemas kini produk itu masuk kedalam kedai mereka. Harganya masih belum diumumkan tetapi di A.S, ia dijual pada harga USD 249 (RM 1,118) untuk varian 3 GB RAM + 32 GB storan dan USD 299 (RM 1,343) untuk varian 4 GB RAM + 64 GB storan.

Trackbacks

  1. […] dimulakan dengan pengumuman telefon Honor 6X, sebuah telefon dwikamera. Tahun 2015 juga menyaksikan beberapa pengeluar sudah mula berjinak-jinak […]

Apa komen anda?