[CES2017] Dwi-lensa Tri-fokus kuasa terbaharu Zenfone 3 Zoom

Share Button

Pencabar telefon kamera terbaru dari ASUS telah tiba. Diumumkan di pameran CES 2017, Zenfone 3 kini menerima ahli baru yang diberi nama, Zenfone 3 Zoom. Pewaris kepada Zenfone Zoom, ia mempunyai fungsi seperti zum optikal pada kamera belakang, kali ini menggunakan dua lensa.

Berbeza dengan Zenfone Zoom yang dilancarkan tahun lepas, Zenfone 3 Zoom kali ini tidak lagi mempunyai zum optikal 3x, tetapi hanya 2.3x sahaja. Ia dicapai menggunakan gabungan lensa lebar 25mm bersama lensa 56mm, kedua-duanya merakam 12MP f/1.7.

asus-zenfone-3-zoom-belakang-depan-navy-black

Macam pernah dengar? Benar, sistem kamera yang sama seperti di iPhone 7 Plus. Malah, boleh dikatakan rekaan telefon berbadan besi serta kedudukan kamera belakang, juga menyerupai iPhone 7 Plus.

Dari spesifikasinya, kuasa kamera Zenfone 3 Zoom ini memang hebat. Ia menggunakan sensor Sony IMX 362 dengan saiz piksel 1.4-mikron yang besar. Teknologi ASUS SuperPixel turut ditanam ke dalamnya, merakam cahaya 10x lebih sensitif. Autofokusnya pula menggunakan menggunakan teknologi ASUS Tritech+ bersama dwi-piksel PDAF, mengunci objek sepantas 0.03 saat.

asus-zenfone-3-zoom-malaysia-belakang-besi

Menambah rasa lazat kamera ini ialah kawalan manual penuh beserta sokongan mod RAW. Ia juga boleh merakam video setinggi Ultra HD 4K, tetapi selepas ia menerima naiktaraf Android 7.0 Nougat.

Bagi kamera selfie, sensor Sony IMX 214 digunakan yang memiliki resolusi 13MP f/2.0. Tidak dilupakan teknologi SuperPixel untuk gambar swafoto yang cerah, walaupun dalam suasana malap.

Selain kamera, ASUS juga berbangga dengan tenaga Zenfone 3 Zoom kerana ia dibekalkan bateri sebesar 5,000mAh. Bersama skrin berukuran 5.5-inci HD Penuh yang diselaputi kaca Corning Gorilla Glass 5, ASUS menyatakan ia merupakan telefon paling nipis dan ringan dalam kelasnya. 7.83mm tebal dan 170 gram berat.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 625 digunakan sebagai kuasa utama Zenfone 3 Zoom, tetapi ASUS tidak pula memberitahu kapasiti RAM serta storan dalaman yang akan diberi. Ia adalah CPU kelas pertengahan, tetapi lebih jimat tenaga.

Telefon pintar ASUS Zenfone 3 Zoom akan menerjah pasaran pada Februari 2017, tanpa pengumuman harga dan negara yang bakal menerimanya. ASUS menyediakan tiga warna Zenfone 3 Zoom buat pilihan pengguna iaitu Rose Gold, Glacier Silver dan Navy Black.

asus-zenfone-3-zoom-tiga-warna-rose-gold-glacier-silver-navy-black

Trackbacks

  1. […] 3 Zoom yang diperkenalkan semasa pameran CES 2017 merupakan salah satu produk yang menarik perhatian kami. Tiada harga […]

Apa komen anda?